Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jé.da] | جيدا

Definisi : 1. waktu rehat: sampai waktu ~, belum ada kalah menang; 2. = berjeda berhenti sebentar; tidak ~ tidak putusnya, tidak henti-hentinya; 3. masa antara dua peristiwa atau tindakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jé.da] | جيدا

Definisi : 1 waktu berhenti sebentar. 2 tempat berhenti sebentar (dlm pembacaan sajak dsb). berjeda berhenti sebentar: tidak ~ tidak berhenti; terus-menerus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik?

Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman)

2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud.

3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)

Lain-lain14.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
Makna kata bahasa Melayu berikut: 1. Jeda 2. Moda 3. Koda 4. Langam bahasa Sekian. Terima kasihjeda: waktu rehat; masa antara dua peristiwa atau tindakan;  mod(bukan moda): salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem;  kod(bukan koda): tulisan dengan tanda lain-lain yang mempunyai erti nyang tertentu atau yang tersembunyi(rahsia); sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputerlanggam:  cara, kaedah, laku,adat kebiasaan.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.       Makna23.03.2008
Apakah maksud fornem suprasegmental bahasa melayu?. dan apakah contoh-contoh tekanan, nada, jeda dan panjang pendek?.

Mrq,

soalan ini terlalu fokus kepada soal tatabahasa dan saya tidak dapat memberikan jawapan yang baik. oleh itu saya harap tuan bolehlah menghubungi pegawai yang lebih mahir dan jika dapat bercakap dengan pegawai yang lebih tinggi di DBP rasanya akan terjawablah soalan sdr.

Tatabahasa06.12.2007
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimana cara membacabaca berita yang baik.Cara membaca berita yang baik ialah pembaca berita perlu menggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, sebutan dan jeda yang betul.Lain-lain14.07.2010
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?)Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih.Lain-lain23.05.2012
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010

Kembali ke atas