Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja/] | ججق

Definisi : jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir se­imbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (per­buatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu meng­hasil­kan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja/] | ججق

Definisi : Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak berubah-ubah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja/] | ججق

Definisi : 1 bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan: Harimau itu tidak dpt ditangkap, hanya ~nya saja yg kelihatan. 2 hampir sampai atau hampir mengenai tanah (dasar dll): ~ bara hampir sampai ke dasar atau ke tanah (bkn barang yg digantung). 3 ki tingkah laku; tabiat; perangai: Anak itu mengikut ~ orang tuanya, menjadi pelaut. berjejak 1 meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2 menginjak (di); bertumpu: Kakinya tidak ~ di bumi. menjejak 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. menjejakkan menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejak (kata nama)
Bersinonim dengan bekas, kesan, denai, alur, runut, selarung;,
Kata Terbitan : berjejak, menjejak, menjejaki,

Peribahasa

Jejak dapat dihilangkan,
     belang bagaimana hendak dihilangkan?

Bermaksud :

Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali ingin mengikut______________ ayahnya menjadi seorang penulis. a) jejak jari b) jejak langkahAli ingin mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang penulis. Tatabahasa04.10.2011
KENAPA "JEJAK LANGKAH" TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? CONTOH AYAT: Mak Enon sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mengikut "jejak langkah" suaminya yang memang perokok tegar?Perkataan "jejak langkah" boleh digunakan kerana ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mengikut jejak. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat yang diberi adalah betul.Lain-lain23.07.2007
Yang mana paling tepat: a) Sejahterakan hati kami Ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. b) Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu.

Ejaan yang betul seperti dalam ayat kedua "Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu".

Tatabahasa13.09.2011
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ?

Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya).  

Tatabahasa24.05.2011
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu.Frasa Jejak  Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna.Lain-lain19.02.2013
1. Apakah perbezaan antara murid dan pelajar ? 2. Bolehkah menggunakan awalan 'meng' untuk simpulan bahasa, contohnya : mengikut jejak1. Murid sama maksudnya dengan pelajar.
2. Simpulan bahasa dikekalkan seperti yang sedia terakam dalam pangkalan data. Ungkapan mengikut jejak betul seperti dalam sumber rujukan kami.
Tatabahasa24.07.2012
Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih.Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan.Istilah05.11.2012
CARBON FOOTPRINTJEJAK KARBON (CADANGAN)Istilah18.11.2010
apakah istilah bahasa melayu untuk 'carbon footprints'?Untuk makluman, istilah "carbon footprints" tidak ada dalam pangklan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jejak karbon.Istilah15.03.2013
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ?


1.  Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana  berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya.

2.  Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang.

3.   Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah.

4  Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut.

Tatabahasa24.05.2013
12

Kembali ke atas