Gourmet Walks, boleh tak saya terjemahkan kepada Jelajah Gourmet. | Mohon berikan konteks penggunaan gourmet walks agar memudahkan kami memberikan cadangan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.10.2019 |
Terjemahan Istilah 1. Mixed Methods 2. Exploratory Sequential Design 3. Grounded Theory 4. Phenomenology | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Mixed methods = Kaedah campuran 2. Exploratory sequential design = Reka bentuk jujukan jelajah 3. Grounded Theory = Teori berasas 4. Phenomenology = Fenomenologi Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 16.02.2021 |
swafoto- Saya pernah tengok cerita Indonesia yang dibuat dalam dua tiga tahun lalu dan ada dialog swafoto. Tapi di Malaysia penggunaan swafoto saya kira agak baru juga. Oleh itu saya ingin tahu adakah ia asalnya daripada bahasa Indonesia? Jerayawara juga baru tahu daripada surat dari agensi kerajaan yang diterima. Rupa-rupanya ia sudah ada dalam kamus edisi keempat. Saya rasa perkataan yang lebih popular ialah jelajah dan jika menggunakan perkataan ini lebih tidak faham. Jika menggunakan perkataan jelajah adakah ianya tidak tepat? | 1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. 2. Perkataan jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Perkataan jerayawara lebih mengkhusus maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain). | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2017 |
Apakah terjemahan atau istilah terbaik untuk 'gallery walk'? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah galeri susur minda atau galeri jelajah minda. | Istilah | 05.02.2014 |
Mohon dapatkan istilah bagi kata 'Gallery Walk' dalam bahas Melayu. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "galeri susur minda" atau "galeri jelajah minda". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2015 |
Mohon pengesahan ejaan dan penggunaan istilah Bacathon adalah silap dan perlu menggunakan ejaan : BACATON yang merujuk kepada acara dan aktiviti galakan membaca dan mempromosi karya ( persuratan ) Istilah ini tiada dalam Kamus Dewan maka saya mencadangkan pihak DBP membantu saya mengesahkan istilah tersebut dan mempromosi penggunaannya sempena Program Jelajah Buku Aspirasi Pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 | Untuk makluman tuan, perkataan bacathon atau bacaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan bacathon pun sepatutnya dieja sebagai bacaton dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Saya mencadangkan agar istilah GALLERY WALK diterjemahkan sebagai KEMBARA GALERI Cadangan oleh:CIK HAJAH HAMIDAH ABD HAMID MUNSYI DEWAN KOHORT 1 PENSYARAH KANAN, JABATAN BAHASA MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU. | Sila berikan maksud "Gallery Walk" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan ialah Galeri Susur Minda atau Galeri Jelajah Minda. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.09.2015 |
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing | 1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layang | Makna | 01.04.2014 |
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin Lean manufacturing - pembuatan Lean vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut: blockchain - blok rantai infotainment - maklumat hibur Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 08.09.2021 |