1. Apakah maksud minit curai? 2. Apakah perbezaan antara minit curai dengan minit mesyuarat sebenar? Terima kasih. | Curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. | Makna | 13.03.2008 |
saya nak tanya pasal penggunaan simpulan bahasa 'menjolok mata' adakah ada pertukaran perkataan 'menjolok' kepada perkataan 'mencolok'...n..sekarang perkataan yang mana kt gunakan untuk ayat dimana keadaan yang menyakitkan mata -pakaian | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menjolok mata bermaksud (i)sangat jelas kelihatan, sangat nyata (ii)memberi malu, menyakitkan hati. Maksud mencolok mata pula ialah (i) mencucuk mata (ii) (kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar (iii) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua menjolok mata dan mencolok mata boleh digunakan dalam konteks yang dikemukakan. | Makna | 14.01.2011 |
Apakah pola untuk ayat berikut: i) Dapatkah anda mengatasi masalah ini? ii) Ya, sudah tentu boleh! iii) Eloklah anda mulakan tindakan ini segera. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Untuk makluman puan, pola ayat terdiri daripada : I. Frasa Nama + Frasa Nama ii. Frasa Nama + Frasa Kerja iii. Frasa Nama+Frasa Sendi Nama iv. Frasa Nama +Frasa Adjektif Berdasarkan ayat di atas, ayat pertama merupakan ayat tanya, kedua ialah ayat seru dan ketiga ialah ayat penyata. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 29.11.2013 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
i. Salwa dan kakaknya hendak ke Klinik Gigi Aida ii.Pekerja itu sedang memperlebar jalan iiiAfiq amat rindu akan belaian kasih sayang datuk iv.Pakaian yang dijahit oleh Tukang Jahit Wanita itu memamng kemas dan rapi. jawapan:............................. | Sila kemukakan soalan kerana tidak jelas. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Saya sedang melakukan penulisan. terdapat perkataan yang saya kurang jelas maksud dan penggunaannya. bolehkah pihak tuna/puan perjelaskan perkataan diabawah dan penggunaannya. Rintis, Merintis? Rentis, ? | Untuk mendapatkan makna kata, sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Contoh: (i) Rintis - jalan kecil atau usaha awal (ii) Merintis - menebang pokok untuk membuat jalan atau mempelopori sesuatu usaha (iii) Merentis - tiada dalam data kami | Makna | 21.11.2016 |
Perbezaan kata 'sementara' dengan 'manakala' | kata manakala dan sementara digunakan dalam ayat seperti yang berikut: i. Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena. ii. ramai orang yang cedera dan hilang manakala beratus-ratus kehilangan rumah dalam gempa itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 15.04.2008 |
Assalamulaikum. Apakah (i) ejaan yang betul (ii) makna, dan (iii) asal-usul perkataan "chan" seperti dalam ayat ini: "Saya takkan bagi chan kat orang macam tu"? Adakah daripada perkataan bahasa Inggeris, "chance"? Terima kasih. | Untuk makluman saudari, perkataan "chan" tiada dalam data kami. Perkataan tersebut tidak diterima dalam bahasa Melayu. Perkataan "Chan" merupakan bahasa percakapan bagi perkataan Inggeris seperti saudari maksudkan. Berdasarkan ayat yang saudari nyatakan, penggunaan bahasa rojak dan jelas sekali ejaan bahasa Inggeris yang tidak tepat. Ini melambangkan pengguna bahasa tersebut tidak memiliki jati diri dan merendahkan martabat bahasa Melayu. Perkataan "chance" yang dimaksudkan mempunyai istilah bahasa Melayu iaitu peluang. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat? | Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang. | Lain-lain | 06.05.2020 |
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan. | Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan. | Tatabahasa | 18.04.2013 |