Apakah yang dimaksudkan dengan istilah atau kata "media jelata". Saya tidak menemukannya dalam Kamus Dewan. Terima kasih. | Istilah tersebut tiada dalam rekod kami. Kata 'jelata' disesuaikan hanya dengan 'rakyat' sahaja. Rakyat jelata bermaksud : rakyat biasa, bukan golongan bangsawan. | Lain-lain | 07.08.2009 |
Rakyat jelata yang bercakap dengan raja hendaklah guna "hamba" atau "patik"? | Penggunaan yang betul ialah patik. | Makna | 25.11.2013 |
-apakah perbezaan kata antara patik dan hamba apabila rakyat jelata berbicara dengan raja atau sultan? | Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya. | Istilah | 18.01.2011 |
TERANGKAN SEJARAH PERIBAHASA MELAYU? | Sepanjang yang diketahui, peribahasa berasal daripada tiga sumber. Sumber pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber kedua ialah orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada renungannya, dan sumber ketiga ialah kitab suci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribahasa sila rujuk buku peribahasa, contohnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain). | Lain-lain | 25.03.2009 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih. | Berikut ayat-ayat yang telah dipinda. 1. Dia tersenyum apabila disapa. 2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri. 8. Simpulan tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Minta tuan betulkan jika pernyataan di bawah ini ada kesalahan penggunaan kata ganti nama orang . Jika sesama pembesar , Penggunaan kata ganti nama (hamba..tuan hamba) . Jika pembesar dengan sultan/raja ( patik...tuanku). Jika rakyat jelata/biasa dengan sultan/raja (hamba atau patik ...tuanku). Terima kasih | Sila rujuk penggunaan kata ganti nama yang berikut: hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
assalamualaikum. mahu bertanya, adakah frasa "marhaen" itu boleh diterjemahkan sebagai rakyat biasa dan kebanyakan? | Untuk makluman, marhean merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan lain-lain. Perkataan rakyat biasa dan kebanyakan boleh digunakan. | Istilah | 08.02.2013 |
siapakah golongan marhaen? | Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen. | Makna | 04.10.2009 |
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ | 1. Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan. jawapan tepat ialah Tuanku. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja. 3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata. | Tatabahasa | 03.08.2012 |