Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.lu/] | جلوق

Definisi : 1. dalam (bkn mangkuk, pinggan, dll); 2. Kl besen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.lu/] | جلوق

Definisi : lekung (ttg pinggan mangkuk dsb); dalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeluk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "deep-fry"(goreng celur) dan "deep-frying"(goreng jeluk) adalah berbeza dalam pangkalan DBP. Adakah terdapat perbezaan antara kedua-duanya? Bolehkah saya menggunakan salah satu terjemahan("goreng celur" atau "goreng jeluk") bagi kedua-dua frasa? Terima kasih.Waalaikumussalam...
Menurut Kamus Bahasa Inggeris daripada bidang pentadbiran Perniagaan, maksud deep fry ialah goreng celur manakala deep frying ialah goreng jeluk. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan mengikut konteks ayat.
Makna25.02.2019
Salam sejahtera, Dalam pangkalan DBP, terjemahan "deep-fry"(goreng celur) dan "deep-frying"(goreng jeluk) adalah berbeza. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Bolehkah saya menggunakan salah satu terjemahan("goreng celur" atau "goreng jeluk") untuk kedua-dua frasa supaya tidak mengelirukan pembaca? Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud deep-fry ialah celur, manakala deep frying ialah goreng jeluk. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan mengikut terjemahan yang diberikan.Makna25.02.2019
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'cekung(lenkung)ke dalam (seperti kanta,lubang-lubang di jalan ,dan lain-lain,cawak(pada pipi),jeluk,lembang,lepek. terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012

Kembali ke atas