Sila beri terjemahan yang tepat barkaitan perkataan "Business Model" dan "Konsep Vendor" di dalam Bahasa Malaysia. Tujuan adalah untuk membuat Memorandum Jemaah Menteri. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Bussiness Model ialah Model Perniagaan, vendor dalam bahasa Melayu ialah penjual atau pembekal barangan (perkhidmatan. Untuk penyediaan kertas jemaah menteri perlukan maklumat yang tepat, oleh itu sila rujuk artikel yang ditulis tentang isu tersebut. "Konsep vendor" tiada dlm sumber rujukan kami. | Makna | 17.03.2008 |
Apakah perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis dan bilakah penggunaannya? | Puan Siti , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah Manakala pengacara majlis pula ialah , Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 05.03.2009 |
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ | Selamat petang saudara, Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri. Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah. Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Makna | 15.10.2012 |
4. Mengapakah pusat membeli - belah tidak boleh digunakan LAGI? 5. Jika ditinjau secara mendalam, kata dasar / akar yang bermula dengan huruf L akan mengalami perubahan yang berikut apabila diberi imbuhan yang pe-......-an / pe-........ [a] lari--- pelarian [b] lompat --- pelompat [c] layar --- pelayaran Soalan saya mengapakah 'lihat' dan 'libat' mengalami perubahan yang berikut ? lihat --- penglihatan libat --- penglibatan Adakah kedua- dua diksi di atas salah atau betul ? 6. Apakah perbezaan antara kata yang bercirikan homofon, polisemi, dan homograf ? 7. Dalam frasa " Jika diperhalusi dari perspektif yang bahana" kata diperhalusi serta bahana salah atau betul ? 8. Saya kerap menggunakan satu ungkapan yang berikut dalam karangan saya ketika mencerakinkan isi dalam karangan tentang sikap mementingkan diri sendiri. Ungkapan tersebut ialah ' ala nafsi - nafsi siapa lu siapa gua' aDAKAH UNHKAPAN SAYA YANG INI SALAH ? 9. Bolehkah saudara menyarankan kepada saya beberapa sumber ilmiah untuk mendalami lautan Bahasa Malaysia yang sesuai sebagai pelajar berusia 16 tahun? 10. Saya masih samar - samar tentang BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU? | 4. Jawapan yang betul ialah pusat beli-belah. Membeli-belah ialah kata kerja. 5. Mengikut tatabahasa, yang betulnya ialah 'pelibatan' dan 'pelihatan', namun disebabkan kecederungan masyarakat menggunakan 'penglibatan' dan 'penglihatan', jadi ia diterima dan tidak menjadi kesalahan. kedua-duanya adalah betul dalam bahasa Melayu. 6. Homofon ialah perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Polisemi pula ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Homograf bermaksud perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Soalan 7 dan 8 tidak lengkap. 9. Sila rujuk Tatabahasa DEwan untuk keterangan. 10. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) da keputusan jemaah menteri, istilah bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Malaysia. Terima kasih. | Tatabahasa | 19.04.2008 |