Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan sila | Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: | Makna | 29.10.2015 |
Apakah beza "jemput' dengan 'sila? Adakah penggunaannya boleh ditukar ganti? | Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: | Makna | 26.07.2007 |
Jemput dan undang ; adakah sama maknanya. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jemput bermaksud mengajak atau mempersilakan datang; mengundang: Undang pula bermaksud mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb). Oleh itu, kedua-duanya mempunyai makna yang sama. | Makna | 31.07.2011 |
Jemput datang ke rumah saya. Adakah ayat ini betul? | Ayat ini adalah betul Jemput datang ke rumah saya | Tatabahasa | 22.10.2016 |
Apakah perbezaan antara 1. "sila" dengan "jemput" 2. "Jangan" dengan "usah" | Sila bermaksud meminta dengan hormat. Jemput bermaksud mengajak atau menyilakan datang. Jangan dan usah ialah kata larangan yang bermaksud tidak boleh. | Makna | 16.12.2013 |
1. Apakah beza antara 'jangan' dengan 'usah'? 2. Apakah beza antara 'sila' dengan 'jemput'? 3. Apakah beza antara 'harap' dengan 'tolong'? | 1. Kata usah membawa beberapa maksud antaranya jangan. Oleh itu, jangan dan usah sama sahaja maksudnya. 2. Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat. 3. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. Untuk lebih memahami perkatan ini dan perkataan yang lain juga sila rujuk Kamus atau layari laman web DBP di www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 16.12.2010 |
Tuan, adakah kata 'undang' membawa maksud jemput? | Merujuk Kamus Dewan "undang" juga bermaksud menjemput. | Makna | 17.05.2012 |
Puan Faridah memasukkan dua______garam ke dalam masakannya. A. Cubit B. Jemput Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan di atas? Bolehkah terima kedua-dua pilihan ini? | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput garam lebih banyak kuantitinya daripada secubit garam. | Makna | 26.08.2014 |
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. | Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Tuan, Yang manakah jawapan yang betul bagi soalan aneka pilihan di bawah? ________ minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru. (A) Jangan (B) Tolong (c) Jemput (d) Sila | Ayat yang gramatis ialah 'Sila minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru.' | Tatabahasa | 06.04.2011 |