Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK | Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil | Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 04.11.2011 |
Dalam kad jemputan dinyatakan kod pakaian "black tie".. perkataan bahasa melayu yang boleh digunakan? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "black tie" ialah pakaian separa rasmi. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2013 |
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAI | Ayat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAI | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Dia menyerahkan kepada saya kad jemputan Pak Akob. Ayat ini betul ?? | Ayat yang betul ialah "Dia menyerahkan kad jemputan Pak Akob kepada saya." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Adakah betul tajuk surat berikut: JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI? | Ayat ini betul "JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI". Jika digunakan sebagai tajuk surat, tanda "?" hendaklah dibuang. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
bagaimana cara yang betul untuk menulis kad jemputan yang betul? Dari segi bahasa, panggilan atau gelaran, pantun dan sebagainya. Bagaimana cara yang betul untuk menggunakan atau selitkan dalam penulisan kad. | Sdr, Nsar, sebenarnya bagi penulisan kad jemputan sdr. boleh melihat pelbagai bentuk yang ada di pasaran, kerana tidak ada satu panduan khusus yang diberikan dari segi penulisannya. Tetapi bagi menentukan kata sapaan yang betul Sdr. boleh merujuk buku yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan bertajuk Santun Berbahasa. Terima kasih. | Tatabahasa | 11.02.2009 |
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya. | Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum. | Istilah | 22.08.2006 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih. | Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. | Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan). | Tatabahasa | 20.11.2013 |