Saya ingin menggambarkan jenama ini untuk pelbagai lapisan masyarakat. Ayat yang mana sesuai? 1. (Jenama). Untuk setiap kamu. 2. (Jenama). Untuk kamu semua. 3. (Jenama). Untuk semua. Terima kasih. | Kami mencadangkan penggunaan frasa “untuk semua” atau “untuk anda”. Walau bagaimanapun, pemilihan frasa bergantung kepada kesesuaian konteks penggunaan dalam teks. | Tatabahasa | 12.03.2024 |
Jenama Apple telah memperkenalkan satu fitur/fungsi yang dikenali sebagai "Dynamic Island" Apakah terjemahan sesuai bagi fitur tersebut? Adakah fitur Pulau Dinamik boleh digunakan? Maksud Dynamic Island boleh rujuk pautan: https://www.youtube.com/watch?v=WuEH265pUy4 | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Dynamic Island ialah Pepulau Dinamik.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 10.09.2022 |
Jenama lain : "Kulit yang nampak leih cerah" Loreal : "kecerahan yang oleh diukur" | gunakan tanda petikan " " | Lain-lain | 26.03.2007 |
Hi, saya ingin bertanya adakah boleh untuk nama jenama ditulis menggunakan huruf kecil sepenuhnya di dalam teks? Contohnya nama jenama adalah "mak'cik". Bolehkah kalau saya tulis seperti ayat di bawah: 1) mak'cik adalah jenama yang paling saya gemari. 2) Mak'cik adalah jenama yang paling saya gemari. Bolehkah saya hanya gunakan huruf kecil di dalam ayat, ataupun perlu mengikut huruf besar atau kecil dalam perenggan ayat? Sye lampirkan logo yang sekarang kami gunakan. Terima kasih. | Sekiranya nama atau jenama yang menggunakan huruf kecil telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), huruf kecil perlu digunakan dalam ayat walaupun perkataan tersebut terletak pada pangkal ayat. Jika tidak berdaftar dengan MyIPO, nama atau jenama perlu menggunakan huruf besar pada pangkal ayat. | Tatabahasa | 20.08.2024 |
Alih Bahasa yang paling tepat bagi 'Group Brand & Communication'. i) Jenama & Komunikasi Kumpulan; atau ii) Kumpulan Jenama & Komunikasi | Pada pandangan kami, cadangan tuan yang pertama, iaitu "Jenama dan Komunikasi Kumpulan" boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2014 |
Jualan Barangan- Jenama Terkenal | Sila layari iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa. | Lain-lain | 13.09.2016 |
Kata jenama, purata dan hakis merupakan kata terbitan @ tunggal @ majmuk @ akronim.. Boleh jelaskan TQVM | Jenama - kata tunggal, Purata - akronim (pukul rata) dan Hakis - kata tunggal. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Ini ialah/adalah jenama yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. | Ini ialah jenama yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Susu Formula Pelbagai Jenama Dan Murah Kaw2! | Ayat yang sesuai ialah “Pelbagai jenama susu formula pada harga yang rendah!”, bergantung pada kesesuaian makna yang ingin disampaikan dan juga ranah penggunaan. Walau bagaimanapun, sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian. | Tatabahasa | 10.11.2023 |
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku' | Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata. | Tatabahasa | 17.03.2007 |