apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'jengkaut' sebab terdapat istilah ini dalam buku teks murid darjah enam dalam subjek Bahasa Malaysia.terima kasih. | Jengkaut ialah jentera yang digunakan untuk kerja-kerja mengaut. | Lain-lain | 08.05.2010 |
1. Adakah perkataan 'parkir' dan 'jengkaut'(tiada dalam Kamus Dewan) diterima oleh DBP dalam penulisan formal? 2. Penggunaan kata ganti nama diri 'ia' tidak dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang. Oleh itu, saya berpegang bahawa 'ia'jelas bukan merujuk binatang. Betulkah saya? | 1. Parkir ialah perkataan Indonesia, dalam bahasa Melayu ialah 'tempat letak kereta' atau 'medan kereta'. Istilah yang tepat bagi jengkaut ialah pengorek kaut. 2. 'Ia' ialah kata ganti diri ketiga atau benda yang dibicarakan (bukan binatang). | Istilah | 26.02.2011 |