Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jenisnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
Apa itu forum dan jenis-jenisnya,definisi, huraian, ciri-ciri dan bentuk forumFurom ialah perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam. jenis-jenis forum antaranya melibatkan pelajar, golongan dewasa dan ia bergantung kepada penganjuran forum tersebut. Harap maklumMakna17.08.2007
apakah yang dimakudkan dengan genre sastera serta jenis-jenisnya?

Genre ialah istilah yang digunakan bagi menyatakan jenis-jenis hasil sesuatu kesusasteraan.Istilah genre ini sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau 'macam'.

Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradsional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradsional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradsional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

 

Lain-lain11.04.2008
PERMOHONAN UNTUK MENYEMAK PERKATAAN 'PETRONAS' KE TULISAN JAWI SERTA JENISNYA (UTHMAN TAHA FONT)
 Ejaan tersebut betul: PETRONAS = ڤيترونس
Ejaan12.11.2019
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku.Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain02.11.2011
assalamualaikum saya perlukan maklumat berkaitan dengan laras bahasa dari segi makna, dan jenis-jenisnya.. terima kasihLaras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tatabahasa04.05.2009
Apakah jenis senjata yang dinamakan syahmura? Kamus dewan hanya menakrifkan sebagai sejenis senjata. Apakah jenisnya? Jenis senjata bilah? Senjata api? Apakah rupa bentuknya?Assalamualaikum,
Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberikan nasihat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik sahaja dan tidak menerangkan tentang soalan yang ditanyakan mengenai rupa bentuk senjata tersebut.
Sekian terim kasih
Lain-lain04.12.2018
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan.
Makna27.11.2015
saya ingin mendapat maklumat mengenai sistem waktu yang tepat dalam BM. Contohnya Pukul 2.30 pagi. Apakah pengkelasan kata bagi perkataan yan terlibat.? Adakah kata bilangan? apakah jenisnya? tentu atau tak tentu? adakah kategori lain bagi kata Bilangan BM? kalau kata bilangan PERTAMA, KEDUA, KETIGA... apakah jenis kata bilangan ini dalam BM? sekian terima kasih

Saudara,

Perkataan pukul dan pagi ialah kata nama bukan kata bilangan.  Kata bilangan  'pertama, kedua, ketiga ...' ialah kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya dan disebut bilangan kardinal. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa10.11.2009
Tuan, apakah penjodoh bilangan bagi botol. adakah biji atau buah. terima kasih

Penjodoh bilangan biji biasanya digunakan untuk buah atau benda kecil.  Penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu). Dalam hal ini kata buah lebih sesuai.  

Tatabahasa25.07.2008
123

Kembali ke atas