Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut, Ariomma indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jepun I

Puisi
 

Ah Liew peranakan Jepun,
     Mengembang bunga di dalam cawan;
Berapa banyak bunga di taman,
     Satu buat memberi rawan.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah.Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik".Lain-lain30.08.2016
Penggunaan yang betul Mini karnival Jepun atau Karnival Jepun MiniFrasa yang betul jika merujuk kepada karnival Jepun yang dibuat secara kecil-kecilan ialah Karnival Jepun MiniLain-lain05.09.2016
melanjutkan pelajaran ke Jepun atau melanjutkan pelajaran di Jepun?Jawapan yang betul ialah melanjutkan pelajaran ke Jepun.Tatabahasa11.03.2010
Mana satu betul "serangan dari tentera Jepun" atau "serangan daripada tentera Jepun"?Jawatan yang tepat ialah "serangan daripada tentera Jepun".Tatabahasa01.12.2015
Bagaimana menulis perkataan berikut: a) baju Melayu b) selipar Jepun Adakah 'Melayu' dan 'Jepun' itu ditulis dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan selipar jepun.Ejaan20.03.2012
Bagaimanakah saya ingin mengetahuan makna perkataan Jepun dalam BAHASA MALAYSIA.Contoh: CARAVANSARAY dlm bahasa Jepun apakah maknanya dlm BAHASA MALAYSIASila hubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia yg mempunyai pakar bahasa Jepun. Terima kasih.Makna30.12.2007
1) pada zaman penjajahan jepun di negara kita dahulu, pengunaan bahasa jepun sahaja di benarkan pada zaman itu dan di larang sama sekali mengunakan bahasa lain. Kenapakah negara kita tidak mewajibkan mengunakan bahasa kebangsaan kita sahaja dan dilarang sama sekali mengunakan bahasa lain seperti yang digunakan pada zaman penjajah jepun terdahulu. Sedangkan dengan cara itu juga mungkin kita dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? 2) Apakah punca-punca rakyat negara kita tidak dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita, sedangkan negara kita sudah maju ke hadapan.Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi negara ini. Walau bagaimanapun pembelajaran bahasa lain selain bahasa Melayu tidak dilarang. Sehingga kini bahasa kebangsaan kita sudah pun berkembang  hingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya beberapa pusat pengajian bahasa Melayu antaranya di Korea, Jepun, China dan United Kingdom. Oleh yang demikian berdasarkan fakta ini tidak timbul isu bahawa bahasa kita tidak dapat dibangunkan.    Lain-lain13.05.2008
restoran jepun ,rm26 tiram,jepun steam boat rm44Salam sejahtera,

Untuk pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ .

Sekian, terima kasih.
Lain-lain11.08.2017
1. Pelancong itu bukan dari negara Jepun. Saya tahu penggunaan kata nafi 'bukan' dalam ayat ini betul kerana digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa sendi. Kalau saya menukar ayat kepada Pelancong itu berasal dari negara Jepun.Adakah kata nafi yang sesuai ialah 'tidak' kerana berasal dari negara Jepun ialah frasa kerja. 2. Pemain yang sungguh lincah itu dikawal ketat oleh pihak A B lawan setiap kali dia menerima bola.Tiada kesalahan. C D Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di atas? Terima kasih!

1. Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Ayat tersebut perlu diperbetulkan menjadi, "Pelancong itu bukan dari negara Jepun, tetapi dari neara Korea.

2. Soalan kedua saudara tidak jelas.

Tatabahasa16.05.2009
Adakah ayat di bawah betul? Pihak British mendapat berita tentang serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.Ayat yang betul ialah "Pihak British mendapat berita tentang serangan Jepun terhadap Tanah Melayu."Tatabahasa28.03.2015
123456789

Kembali ke atas