Tuan, Saya ingin tahu apakah perkatan-perkataan yang membentuk JERAYAWARA ? Misalnya CERPEN adalah daripada perkataan 'cerita pendek'. Terima kasih. Musa Rashim | Kata jeraya dan wara membentuk perkataan jerayawara sebagai padanan roadshow dalam bahasa Melayu. | Istilah | 18.07.2009 |
Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati “wara” ialah kata akar. Adakah “wara” morfem terikat dan segolongan dengan “anai”? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan “wara” seperti “jerayawara” dan “bicarawara” dapat dipertahankan? | Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
swafoto- Saya pernah tengok cerita Indonesia yang dibuat dalam dua tiga tahun lalu dan ada dialog swafoto. Tapi di Malaysia penggunaan swafoto saya kira agak baru juga. Oleh itu saya ingin tahu adakah ia asalnya daripada bahasa Indonesia? Jerayawara juga baru tahu daripada surat dari agensi kerajaan yang diterima. Rupa-rupanya ia sudah ada dalam kamus edisi keempat. Saya rasa perkataan yang lebih popular ialah jelajah dan jika menggunakan perkataan ini lebih tidak faham. Jika menggunakan perkataan jelajah adakah ianya tidak tepat? | 1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. 2. Perkataan jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Perkataan jerayawara lebih mengkhusus maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain). | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2017 |
adakah perkataan di bawah perlu dieja dengan huruf besar di depan kata 1) agensi atau Agensi, 2) kerajaan atau Kerajaan 3) unit atau Unit Apakah yang dimaksudkan jerayawara-adakah ia bermaksud (roadshows) 5) bolehkah brosur digunakan dalam bahasa melayu.apakah nama dalam BM 6) Bank IkS atau Bank SME atau SME Bank 7) apakah maksud Banci Baseline dalam BM 8) Bagaimana mengeja kenalpasti atau kenal pasti 9) EXIM Bank atau Bank EXIM 10) pewujudan atau pengwujudan | 1. agensi sebagai kata nama khas sahaja yg dieja dengan huruf besar. Contohnya Agensi Pekerjaan Lee. 2. kerajaan pun sama dengan agensi. Sekiranya kata nama khas diejan dengan huruf besar seperti Kerajaan Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 3. jerayawara ialah persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb. 5.Brosur ialah risalah dalam BM. 6. Bank SME. 7. Cadangan kami ialah bancian dasar. Sila rujuk bahan yang berkaitan. 8.kenal pasti. 9. Bank Exim. 10. perwujudan ialah 1. bentuk atau rupa (yg benar-benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll). Pewujudan ialah perbuatan atau proses mewujudkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 13.10.2009 |
Salam, Mohon bantuan bagi maksud JAYAWARA? | Untuk makluman tuan, tiada perkataan jayawara dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah jerayawara yang bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yang meliputi seminar dan pameran. | Tatabahasa | 22.04.2014 |
Adakah terjemahan yang lebih tepat bagi 'roadshow' selain dari 'persembahan dalam kunjungan'? Tk. | Padanan kata roadshow dalam bahasa Melayu ialah jerayawara. | Istilah | 26.03.2009 |
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar? | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut: Selfie - Swafoto Role Model – Suri Teladan Road Show - Jerayawara Back Drop - Latar Pentas Bunting - Gegantung Highlight - Imej Tumpu Parking - Tempat Letak Kereta Postmortem - Pascanilai | Istilah | 05.12.2016 |
Mohon maklumbalas terjemahan yang sesuai untuk perkataan : 1. Accessibility 2. Tourism Roadshow 3. Travel Mart Terima kasih. | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian. Manakala, perkataan berikut tiada padanan khusus, dan cadangan kami adalah seperti yang berikut jika bersesuaian: i. Tourism Roadshow = Jerayawara Pelancongan ii. Travel Mart = Kedai Barangan Kembara | Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2015 |
1.Aslkm.Tuan, apabila kita menulis teks pengacaraan, mana satukah yang tepat- menulis nama tetamu kemudian jawatannya atau menyebut jawatannya dahulu baru nama tetamu. 2.Apakah makna perkataan road show dalam bahasa malaysia? 3. Apakah maksud perkataan rausyanfikir? 4. Adakah betul cara menulis angka di bawah 10 dengan menggunakan perkataan? terima kasih | 1. Dalam situasi pengacaraan, kami cadangkan saudara mendahulukan jawatan dan diikuti dengan nama. 2. Terjemahan road show ialah jerayawara. 3. Bahasa Parsi yang bermaksud pemikir reformasi celik atau ahlifikir. 4. Kenyataan saudara adalah betul, nombor sepuluh dan ke bawah ditulis dengan perkataan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2008 |