Menurut kamus dewan(edisi keempat) Perkataan "bagi" dan "untuk" mendatangkan maksud yang sama. Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaannya, contohnya : Masalah jerebu perlu diatasi segera ____ menangani masalah pencemaran udara yang semakin serius. Dalam ayat ini, penggunaan yang tepat ialah "bagi" atau "untuk" ? | Kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan funfsi tertentu seperti i. untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama "bagi", ii. untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan ini "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi". dalam ayat yang dikemukakan berdasarkan konteks dan makna ayat tersebut, kedua-dua kata sendi "untuk dan "bagi" boleh digunakan(menunjukkan kegunaan sesuatu). | Tatabahasa | 09.04.2008 |
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih. | 1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. 2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan sesuatu supaya tidak dapat bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal. | Tatabahasa | 08.10.2013 |