"Hei, jangan pergi!" Jerit Ali. atau "Hei, jangan pergi!" jerit Ali. Huruf J yang betul. Adakah J besar atau j kecil. | Penggunaan huruf besar pada perkataan perlu digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda titik. Maka jerit perlu dieja dengan huruf kecil ("Hei, jangan pergi!" jerit Ali.) | Tatabahasa | 24.10.2019 |
Salam sejahtera. 1. " Tolong ! Tolong ! Rumah saya terbakar," jerit pemuda itu. 2. " Tolong, tolong ! Rumah saya terbakar, " jerit pemuda itu. Ayat yang mana betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul: "Tolong! Tolong! Rumah saya terbakar!" jerit pemuda itu. | Tatabahasa | 21.07.2016 |
Huruf pertama pada nama timang-timangan dalam sesuatu ayat sepatutnya ditulis dengan huruf besar atau kecil. Contohnya: Aku dan along berlalu dari situ. ditulis 'along' atau 'Along'. Selepas tanda seruan, tanda noktah atau elipsis, huruf pertama ayat seterusnya perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil. Cthnya, “Orang dah dapat rumah!” Jerit Fina. Selepas seruan itu patut ditulis 'jerit' atau 'Jerit'? | 1. Aku dan along berlalu dari situ. 2. “Orang dah dapat rumah,” Jerit Fina! | Tatabahasa | 30.06.2014 |
Penggunaan huruf besar pada perkataan perlu digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda titik. Maka jerit perlu dieja dengan huruf kecil ("Hei, jangan pergi!" jerit Ali.) Boleh tuan terangkan mengapa selepas tanda serua dan tanda soal ! dan ? tidak dimulakan dengan huruf besar. Bukankah dua tanda ini biasanya dikira sebagai akhiran dan selepasnya dimulai huruf besar. | Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharu selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar. | Tatabahasa | 25.10.2019 |
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih | Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang lirik lagu yang betul. Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: Air pasang dalam Surut pukul lima Nyonya bangun pagi Siram pokok bunga Pokok bunga Melur Tanam tepi batas Itik bertelur ayam menetas Cik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit-jerit Naik kereta api sampai Kuala Lumpur Jumpa isteri comel terselit bawah dapur. | Lain-lain | 15.11.2021 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan dua perkataan, iaitu "memekik" dan "menjerit". 1) Adakah kedua-dua perkataan ini boleh menerima gandaan, iaitu "memekik-mekik" dan "menjerit-jerit"? Biasanya, dalam Kamus Dewan, jika sesuatu perkataan itu dapat menerima gandaan akan dinyatakan tapi sebaliknya bagi kedua-dua perkataan ini. Terima kasih. Salmah Ibrahim. | Perkataan memekik-mekik dan menjerit-jerit boleh digunakan, sama seperti perkataan terpekik-pekik dan terjerit-jerit. Lihat juga perkataan ciar, sama maknanya dengan memekik-mekik. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
1. Bolehkah perkataan “nya” digunakan untuk objek selain manusia? Sebagai contoh, “Walaupun rumah itu besar tetapi keadaannya sunyi”. 2. “Sejak kecil Anita lebih serong kepada bidang sukan.” Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 3. A.Lari!Jerit kakak kepada saya. B. “Lari!”jerit kakak kepada saya. Ayat manakah yang betul? 4. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 5. “Saya akan bertemu Aishah esok”, “Saya akan bertemu dengan Aishah esok”. Ayat manakah yang lebih gramatis. Sila berikan penerangan. 6.Apakah perbezaan antara “orang orang” dengan “orang-orang”? Terima kasih. | 1. Selain sebagai kata ganti nama diri manusia ketiga, kata –nya boleh berfungsi sebagai kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda). Rujuk tatabahasa Dewan halaman 295-296. 2. Sejak kecil Anita lebih cenderung kepada bidang sukan. 3. “Lari!” jerit kakak kepada saya. 4. Saya akan bertemu dengan Aishah esok. 5. Ejaan yang betul ialah orang-orang. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
minta tolong betulkan tanda baca ayat berikut : " Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya," jerit Abu! | Penggunaan tanda baca yang betul - "Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya, jerit Abu." | Tatabahasa | 15.04.2011 |
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasih | Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Dalam tulisan, bolehkah kita menggunakan perkataan tak bagi tidak seperti contoh ayat 1)“Oi! Kenapa tak teruskan menyapu?” jerit Zetti. 2) “Tak apa, kau ingat kau hebat sangat. Kau tunggu!” Zetti menggunakan nada mengugut pula kali ini. | Kependekan perkataan tak bagi tidak, boleh digunakan dalam dialog. | Tatabahasa | 03.10.2024 |