Jeritan Mak Cik Minah yang memanggil anaknya yang sedang mandi di sungai itu jelas kedengaran hingga rumah saya. (Adakah perkataan "yang" di atas digunakan dengan tepat?) | Saudara, Ayat tersebut boleh digunakan. Ayat itu boleh juga dibina tanpa perkataan 'yang' selepas perkataan 'Minah'. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
"Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. | "Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Ejaan | 13.10.2011 |
Salam Sejahtera, saya ingin pastikan jawapan bagi soalan yang dikemukakan di bawah, Ayat yang mana satu merupakan ayat yang betul? kalau terdapat ayat yang salah, minta tolong jelaskan kesalahan tersebut. 1 Helmi menerima hadiah daripada guru. 2 Saya terkejut apabila terdengar jeritan yang menakutkan. 3 Mereka yang melanggar peraturan akan dihukum. 4 Beberapa buah tembakan telah dilepaskan ke arah perompak itu. Sekian, terima kasih. | Ayat yang salah ialah Beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arah perompak itu. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |