Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeruk

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Jeruk mempelam atau mempelam jeruk. 2. Pendingin hawa atau penghawa dingin

Saudara,

Mengikut Hukum D-M, kedua-dua bentuk boleh digunakan bergantung pada perkara yang hendak ditekankan.  Contohnya: jeruk mempelam; jeruk jambu; jeruk limau. Dalam bentuk yang lain pula kita boleh membentuk frasa mempelam jeruk, mempelam salai, mempelam kering. 

Tatabahasa08.11.2010
1. Pilihlah apa-apa ATAU mana-mana buku. 2. mempelam jeruk ATAU jeruk mempelamJawapan yang betul ialah 1. Pilihlah mana-mana buku. 2. Kedua-duanya boleh digunakan tetapi kebiasaannya digunakan jeruk mempelam.Lain-lain02.09.2010
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH.1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja.
2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan.
3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak).
Tatabahasa02.12.2014
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan.

Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar.

Tatabahasa04.01.2024
Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 

2. Ayat-ayat ini betul:
I. Mereka melayari internet di kafe siber.
II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim.
III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus.
Ayat IV tidak dikemukakan.
Tatabahasa23.06.2015
1.MAKNA BARBED(RAZOR)2.MAKNA PICKLES DILLS.3.MAKNA VENTILATOR

 Puan Suhaila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Makna barbed - adj 1. berduri: ~ wire, /kawat, dawai/ berduri; 2. (fig.) tajam, pedas, menusuk hati: a ~ remark, kata-kata yg pedas.

Makna pickles - adj 1. preserved in pickle, jeruk: ~ onion, bawang jeruk; 2. (colloq) drunk, mabuk: he would get ~ every night, dia mabuk setiap malam.

Ventilator pula ialah - (alat) pengalih udara.

 

Makna10.12.2009
Kami dapati ejaan "meatburger" dalam ayat di bawah ini dieja sebagai satu perkataan membawa padanan "daging burger". Adakah ejaan ini betul kerana melalui semakan kami tiada ejaan yang sedemikian. (2) For the purposes of these Regulations, manufactured meat shall include meatburger, sausage and corned, cured, pickled or salted meat. (2) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, daging kilangan hendaklah termasuk burger daging, sosej dan daging kon, daging awetan, daging jeruk atau daging asin.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu seperti yang berikut:

meat burger - daging burger

Dieja dengan dua perkataan.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.06.2021

Kembali ke atas