Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ru.mus] | جروموس

Definisi : ; menjerumuskan 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur; 2. ki men­celakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (ke­kacauan dll) menyebabkan seseorang melakukan mak­siat (berada dlm keadaan kacau dll); terjerumus 1. jatuh tertumus, tersungkur, tersembam: jalan baik-baik, nanti ~ ke dlm lumpur; 2. ki jatuh ke dlm kesengsaraan (kehinaan dll): Aminah telah ~ ke dlm lembah kehinaan; penjerumusan proses (individu, masya­rakat) menjadi terjerumus: ~ masyarakat ke arah fahaman asabiah yg menzalimi orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ru.mus] | جروموس

Definisi : ; menjerumuskan 1 membuat seseorang tersungkur. 2 memperdaya seseorang ke arah kesengsaraan; mencelakakan. terjerumus 1 jatuh tertiarap; tersungkur: Baik-baik meniti batas, nanti ~ ke dlm sawah. 2 jatuh dlm kesengsaraan (kehinaan dsb): Dia telah ~ ke lembah kehinaan akibat dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerumus
Kata Terbitan : menjerumuskan, terjerumus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010

Kembali ke atas