Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.rung] | جروڠ

Definisi : sj ikan yu yg besar serta ganas, Carcharhinus dussumieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rung] | جروڠ

Definisi : Kl sudut (bilik, rumah, dll), bucu, herok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rung] | جروڠ

Definisi : sj ikan yu yg besar dan buas, Carcharias dussumieri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerung

Puisi
 

Tanam timun dalam jerelung,
     Sagu ladang makan dek kuda;
Segala semut sejenak jerung,
     Tidak padan dengan kita.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak bertanya ada tak terjemahan untuk nama2 jerung. Cth great white sharkUntuk makluman, istilah great white shark tidak ada dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang biasa digunakan untuk white shark ialah yu putih atau jerung putih.Istilah01.11.2012
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih.Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan.Tatabahasa14.03.2013
Salam sejahtera. Saya ingin tahu padanan dalam BM untuk "financial crocodiles". Contoh ayat seperti berikut: Some international financial crocodiles will soon come to Hong Kong to cause damage to our financial system. Terima kasih!Kami mencadangkan "jerung kewangan" sebagai padanan bahasa Melayu untuk financial crocodiles.Istilah10.12.2018

Kembali ke atas