Saya nak bertanya ada tak terjemahan untuk nama2 jerung. Cth great white shark | Untuk makluman, istilah great white shark tidak ada dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang biasa digunakan untuk white shark ialah yu putih atau jerung putih. | Istilah | 01.11.2012 |
Salam, Saudara, bolehkah perkataan "memengsankan" digunakan dalam ayat. Contohnya, "Jerung ekor panjang melibaskan ekor menerusi air untuk memukul dan memengsankan ikan yang lebih kecil". Untuk pengetahuan saudara, ayat tersebut saya terjemahkan daripada ayat Inggeris berikut, "The thresher swipes its tail through the water to slap and stun smaller fish." Terima kasih. | Kata terbitan memengsankan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Namun begitu tidaklah bermakna kata ini tidak boleh dibentuk, asal sahaja sesuai dengan konteks makna yang digunakan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |