Salam tuan di talian, 1. Apakah terjemahan yang berikut sesuai untuk istilah komputer di bawah? a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak laser Sekian, terima kasih. | a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak jet laser | Ejaan | 20.09.2012 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah berikut? 1)Narrow Bodied Jet Aircraft 2)Regional Jet Aircraft Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. Narrow Bodied Jet Aircraft - Pesawat Jet Berbadan Sempit 2. Regional Jet Aircraft - Pesawat Jet Jarak Dekat | Istilah | 16.01.2016 |
Apakah terjemahan untuk 'motion sickness', 'altitude sickness', 'jet lag' ? | 1. Motion sickness = Mabuk Gerak 2. Altitude Sickness = Penyakit/mabuk Altitud 3. jet lag = lesu jet (aeroangkasa)/lamban jet (perubatan)
| Penyemakan dan penterjemahan | 10.05.2014 |
jet lag | lamban jet | Ejaan | 27.05.2011 |
Apakah terjemahan bagi "jetski"? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu bagi jet ski ialah luncur jet atau ski jet. | Istilah | 23.03.2013 |
Apakah padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan 'Jet pack'? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pek jet. | Istilah | 07.06.2016 |
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ... | Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP | Lain-lain | 08.01.2013 |
1)index Everest Braille Embosser V4 2)layout 3)emboss from page 4)format setting 5)top margin 6)single -sided 7)ink-jet printer | 1)tidak perlu diterjemahkan kerana Kata Nama Khas 2)susun atur 3)cetak timbul pada halaman 4)set format 5)jidas atas 6)sebelah 7)pencetak pancut dakwat | Istilah | 10.01.2011 |