Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jikalau
Rujuk :jika

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/puan, Saya ada beberapa kemusykilan bahasa: 1. Bagaimana membezakan penggunaan "sementara" dengan "manakala"? 2. Bagaimana membezakan penggunaan "Jika" atau "Jikalau" dengan "kalau"? 3. Apakah pola ayat berikut :"Bandar raya Kuching terletak di Sarawak"? Terima kasih

1. Kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu; seperti contoh ayat - Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak, dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, seperti contoh ayat - Dia tersenyum manakala melihat adiknya tidur.

2. Kata jika, jikalau dan kalau membawa maksud yang sama.

3. Bandar raya Kuching terletak di Sarawak - ayat penyata (FN + FN)

Tatabahasa11.08.2010
salam sejahtera,saya ada 2 pertanyaan. 1. saya keliru tentang penggunaan banyak dan ramai. ada yg berkata, ramai hanya untuk manusia. tapi ada juga yg kata banyak untuk manusia kerana ramai hanya hadir sebagai jamak (orang ramai). 2. perkataan jikalau.. wujudkah perkataan tu? adakah sama seperti kes samada (sama ada). dgn kata lain jikalau (jika kalau)..

1. Ramai menunjukkan jumlah yang banyak untuk manusia, manakala banyak menunjukkan bilangan bilangan atau jumlah manusia atau bukan manusia. Lazimnya penggunaan 'ramai orang' merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala 'banyak orang' merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.

2. Jikalau sama fungsinya dengan kata jika dan kalau, iaitu kata penghubung yang menyatakan syarat.

Tatabahasa02.04.2011
(a) Adakah kata adjektif emotif (perasaan) tidak boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, misalnya amat takut sekali / sangat bimbang sekali? (b) Jika kata penguat "amat sangat" diterima, bagaimanakah pula dengan "amat sungguh", ataupun "sungguh sangat"? (c) Adakah kata hubung "jikalau" merupakan singkatan daripada "jika" dan "kalau"? Dan, bolehkah "jikalau" digunakan sebagai bahasa baku? Sekian, terima kasih.

(a) Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah..  

 i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Namun begitu, binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(b)  Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, tidak ada kata penguat "amat sangat", "amat sungguh" dan "sungguh sangat", tetapi dari segi penggunaannya adalah salah satu daripadanya dan tidak ada gabungan, contohnya amat, sungguh dan sangat. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.  

(c) Betul. Kata hubung"jikalau" merupakan kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya;  kalau. Perkataan ini terhasil singkatan daripada "jika" dan "kalau". Oleh itu, perkataan ini diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.

 


Tatabahasa25.06.2008
Adakah susunan ungkapan "sebahagian daripada" sama dengan susunan "selain daripada"? Jikalau benar, "daripada" dalam ungkapan itu mesti digugurkan? Terima kasih.Kedua-dua ungkapan mempunyai susunan yang sama tetapi berbeza makna. Jika yang dimaksudkan ialah sebahagian daripada atau segolongan daripada, kata daripada tidak dapat digugurkan. Hal ini berbeza dengan ungkapan selain daripada kerana dapat digantikan dengan frasa selain itu.Tatabahasa15.08.2011
A)nama saya ialah Alice B) nama saya Alice ayat mana yang betul? terima kasih

Cik Puan Shuit Sew,

Jika dilihat sepintas lalu, kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat (a) perkataan ialah boleh digunakan dan tidak salah jikalau kita tidak  mahu menggunakannya (pilihan). Walau bagaimanapun, ayat  yang lebih gramatis sifatnya ialah:

 (a) Nama saya ialah Alice.

( Nota:  perkataan ialah  dalam ayat tersebut merupakan kata pemeri/tugas yang berfungsi sebagai penerang  atau memerihalkan namanya ialah Alice ). 

Tatabahasa01.06.2009
Adakah arahan penggunaan nama bahasa Malaysia sudah ditarik balik (dimansuhkan)? Jikalau benar, mohon nyatakan pihak yang mengeluarkan arahan pemansuhan itu dan tarikhnya.
Tidak isu tentang pemansuhan penggunaan istilah bahasa Malaysia kerana mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Tidak ada pindaan kepada Perkara 152 dalam Perlembagaan. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.
Lain-lain23.12.2012
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh

Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud  kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu.

Tatabahasa15.11.2011
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran untuk soalan. Harap Tuan/Puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih.1. (a) dan (b)  Ganti nama diri bukan manusia boleh diwakili oleh ia.  Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar, DBP., hlm. 91. 2. Boleh. 3. (a) Boleh guna dan atau lalu. (b) lalu. 4. betul. 5. (a) adalah ayam adalah kucing salah. Yang betul: ialah ayam/ialah kucing. (b) akan tetapi/ tetapi , kedua-duanya boleh digunakan. 6. Tiada beza. Jika dan Jikalau kedua-duanya bermaerti sekiranya.Tatabahasa03.06.2011
Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en?
  1. Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
  2. Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.

Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Lain-lain14.01.2013
Asalamualaikum tuan. Saya disini, ingin belajar Bahasa Melayu. Walaupun saya berbangsa Melayu, tetapi saya kurang mahir berbahasa Melayu. Tetapi, saya telah berusaha sendiri untuk mempelajari Bahasa Melayu. Saya memerlukan pertolongan Encik, pertolongan dari segi awalan, akhiran apitan bagi frasa kerja. Saya sudah mempelajarinya, di buku Tatabahasa Edisi dewan ke-3. NAmun, saya pening bila perlu menggunakan awalan sahaja, akhiran sahaja, apitan meN-...-i/kan, dan amat hargai jika Encik Boleh membantu memperjelaskan pada saya, cara mengetahuinya. Jikalau dalam bentuk file pun tidak mengapa.Untuk makluman, buku yang sesuai dirujuk ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekiranya tuan memerlukan penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini, tuan boleh menyertai kursus tatabahasa yang dianjurkan oleh Akademi DBP.Tatabahasa25.08.2012

Kembali ke atas