| Jikalau nama sesuatu tempat itu merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris, adakah perlu diitalikkannya dalam penulisan rasmi? Misalnya, Sunway Lagoon dan Giant. | Nama tempat seperti Giant dan Sunway Lagoon tidak perlu ditalikkan kerana nama khas. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
| Jikalau kamu tidak dapat menghadiri kelas intervensi itu, beritahulah saya dulu. ____ tidak. A Ini B Itu C Inilah D Itulah | Jawapan yang betul ialah A. Ini | Tatabahasa | 19.05.2011 |
| Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |
| jikalau soalan minta membincangkan BAHASA TERAS BUDAYA,bolehkah bincangkan dakam konteks malaysia iaitu bahasa melayu dan budaya malaysia?bagaimana bahasa menjadi teras budaya?terima kasih. | Tajuk Bahasa Teras Budaya mempunyai definisi yang luas. Dari segi takrif, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara bagi sesebuah kelompok manusia. Budaya pula ialah tamadun, peradaban dan akal budi sesebuah masyarakat. Dalam konteks soalan ini, bahasa teras budaya, hendaklah dianalisis secara mendalam kerana dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, nilai-nilai perpaduan hendaklah diberikan keutamaan. | Lain-lain | 19.02.2008 |
| Selamat pagi. Jikalau sesebuah buku itu dinamakan "Cita Rasa Cinta", apakah nama buku ini boleh diterima atau betul dari segi tatabahasa? Terima kasih. | Nama tersebut boleh diterima dari segi tatabahasa tetapi kurang tepat dari aspek makna. Sila kenal pasti maksud yang hendak disampaikan dan dinyatakan dalam frasa yang tepat dari aspek makna dan tatabahasa. | Tatabahasa | 10.05.2026 |
| Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasih | Tiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut, | Istilah | 17.09.2017 |
| Salam sejahtera tuan/puan Untuk angka nombor 125 & 1895 (seperti dalam lampiran), jikalau digantikan dengan tulisan jawi, bagaimanakah penggunaannya (satu dua lima, atau pun seratus dua puluh lima dsb.) jikalau keseluruhan tulisan dibuat dalam jawi sahaja tanpa menggunakan angka nombor. Terima kasih. | Penulisan angka dalam Jawi sama seperti penulisan angka rumi iaitu 1 hingga 9. Oleh yang demikian, penulisan angka dalam lampiran yang disertakan sudah betul. | Lain-lain | 04.12.2020 |
| tuan pengetua atau puan pengetua.mana satu yang betul? | Kedua-duanya boleh digunakan. Ini bergantung kepada gender pengetua tersebut. Jikalau beliau seorang lelaki hendaklah dipanggil tuan pengetua. Jikalau pengetua itu seorang wanita, eloklah danggil puan pengetua. T.kasih. | Lain-lain | 16.08.2008 |
| Assalamualaikum, Jikalau tuan hendak belayar, seyogia/seyogianyanya hamba dibawa. Adakah perkataan "seyogia" itu perlu ditambahkan dengan "nya" ataupun cukup sahaja dengan mengekalkan perkataan "seyogia" sahaja? Sekian Terima kasih/Terima Kasih/terima kasih? Sekian yang dipinta ... | Seyogia bermaksud sewajarnya atau sepatutnya. Perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah seyogianya, iaitu Jikalau tuan hendak belajar, seyogianya hamba dibawa. | Makna | 10.10.2021 |
| Saya terbaca frasa “lain-lain NGO” dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu “lain-lain hal” silap dan yang betul ialah “hal-hal lain”. Jikalau “lain-lain NGO” ditukar menjadi “NGO-NGO lain” janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi “NGO lain-lain” mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat. | Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain). | Makna | 05.03.2009 |