Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.lid] | جيليد

Definisi : 1. jahitan buku; bahagian ~ bahagian dlm per­usahaan percetakan tempat buku di­jahit; tukang ~ tukang yg me­nyusun serta men­jahit lembaran kertas men­jadi buku; 2. penggal atau bahagian buku: ~ kedua drpd buku se­jarah itu masih belum terbit lagi; berjilid disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas dijadikan buku); berjilid-jilid beberapa jilid; menjilid menyusun helaian-helaian (buku dsb) dan menjahitnya sehingga berbentuk buku dsb: kami melihat pekerjaan mengatur huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku; jilidan hasil drpd menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dsb) yg dijahit sehingga ber­bentuk buku dsb; penjilidan perbuatan (kerja-kerja) menjilid; penjilid 1. tukang jilid; 2. sesuatu yg di­gunakan utk menjilid: mesin ~ buku; gam ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.lid] | جيليد

Definisi : 1 jahitan buku: tukang ~ orang yg menjahit lembaran kertas menjadi buku. 2 penggal atau bahagian buku: Buku Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear terdiri drpd empat ~. berjilid dirangkai-rangkaikan dan dijahit menjadi buku (bkn kertas): Majalah Mastika tahun 1970 sudah ~. menjilid merangkai-rangkaikan dan menjahit lembaran kertas menjadi buku; menjahit buku: ~ majalah. penjilid orang yg menjilid; tukang jilid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jilid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan bahasa melayu asal mengikut pendeta Zaaba. T.K.Sila rujuk buku nukilan Za'ba, iaitu Pelita Bahasa (Jilid 1 dan Jilid 2) dan Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-duanya diterbitkan oleh DBP.Lain-lain17.01.2008
Penggunaan Jilid pada rujuk fail sekiranya di singkatkan. Adakah ianya betul jika digunakan begini: Contoh: MPL/N1/1970 Jil. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 Jil 2 - ( ). Adakah perlu meletakkan titik atau tidak perlu. Bagaimana pula sekiranya menggunkan HURUF BESAR. Cth: MPL/N1/1970 JIL. 2 - ( ) atau MPL/N1/1970 JIL 2 - ( ). Terima kasih.Dalam penulisan singkatan perkataan,sama ada huruf kecil atau hurif besar, tanda titik perlu diletakkan seperti MPL/N1/1970 JIL. 2 .Tatabahasa20.08.2013
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.

Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil.  Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama.
Tatabahasa15.01.2013
     saya ingin bertanya, apakah padanan BM yg sesuai utk perkataan di bawah: 1.comb binding 2.tape binding 3.ring binding Sekian,TK

1.Comb binding = jilid sisir 2. Binding tape =pita balut 3. ring binding = jilid gegelung (cadangan).

 

Istilah28.10.2010
apakah maksud racun makhluk parosak mengikut kamus dewan bahasa?jilid dan muka surat berapa?

Saudara Azwanie,

 Racun perosak ialah  racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1264 dan 1343.  

Makna16.01.2010
Salam..Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, "Pendidikan Islam Tahun 4, Jilid 2", cetakan kelima, 2007, adalah dirujuk. Sila lihat mukasurat 1, Asas Ulum Syariah, tajuk Beriman Kepada Qada' dan Qadar, bahagian pengertian. Adakah pengertian tersebut tepat?Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian.Makna12.06.2010
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli YahayaKumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor.Lain-lain07.10.2008
Sila semak pengertian Qada' dan Qadar pada mukasurat 1, buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Islam Tahun 4, jilid 2...terima kasih.Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian.Makna12.06.2010
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3.Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain19.07.2010
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar,

Encik Abdul Rahim,

Tuan,

PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh  21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk.

2.     Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :-  

                     2.1   Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan.

                     2.2    Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan

3.   Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010

4.    Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera.

 Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

.

 

Lain-lain01.10.2010
123

Kembali ke atas