3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMAT | Soalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
| Lain-lain | 07.10.2016 |
JIMAT 20% dengan pembelian kedua | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Jimat dan Produktif | Trifty and Productive | Lain-lain | 14.08.2008 |
Salam DBP. Saya keliru dengan penggunaan perkataan "HEMAT" dan "JIMAT" seperti ayat di bawah: 1. Belajar Hemat Bayar Pun Jimat 2. Belajar Biar Hemat Bayaran Pun Jimat. 3. Belajar Hemat Bayar Tetap Jimat. Mohon DBP dapat mencadangkan Kosa Kata yang lebih baik jika sekiranya ayat di atas tidak kena pada konteksnya. Terima kasih DBP. | Untuk pengesahan visual iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 30.08.2016 |
Adakah 'jimat elektrik' digunakan untuk menyatakan peralatan elektrik yang 'energy-saving'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus bahasa Melayu untuk "energy-saving". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang biasa digunakan ialah penjimatan tenaga. | Istilah | 21.05.2013 |
Nur'ain Iman Oct 8th, 4:11pm Jimat cermat bukan kata ganda? | Jimat cermat ialah frasa nama. | Tatabahasa | 08.10.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih. | Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi. Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya. Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Apakah lawan kata boros yang paling tepat? Jika pilihan jawapan a.jimat. b.hemah Apakah yg lebih sesuai. | Lawan kata ‘boros’ ialah berdikit-dikit, ekonomi, hemat dan jimat. | Makna | 18.08.2014 |
Saya nak semak guna ayat berikut: 1. MATIKAN PLUG SEBELUM PULANG 2. SUHU PENDINGIN UDARA YANG OPTIMA 3. JOM JIMAT ELEKTRIK 4. TOLONG MATIKAN SUIS SEBELUM KELUAR 5. MATIKAN MONITOR KOMPUTER SEBELUM PULANG 6. TAHUKAH ANDA? JANGKA HAYAT LAMPU LED LEBIH 2 KALI GANDA LEBIH LAMA 7. TAHUKAN ANDA? KOS TENAGA ELEKTRIK LAMPU KALIMANTAN IALAH RM10 SEBULAN 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA Tq | 1. Pastikan Plag Dicabut Sebelum Pulang. 2. Gunakan Suhu Penyaman Udara yang Optimum. 3. Tolong Tutupkan Suis Sebelum Keluar. 4. Tutupkan Monitor Komputer Sebelum Pulang. 5. Tahukah Anda? Jangka Hayat Lampu Led 2 Kali Ganda Lebih Lama Berbanding lampu biasa. 6. Tahukah Anda? Kos Tenaga Elektrik Lampu Kalimantan 4' ialah Rm10 Sebulan. 7. Betulkan Tahukan Anda? kepada Tahukah Anda? 8. Tolong Tutupkan Pemanas Air Sebelum Pulang. 9. Jimat Tenaga Pket Selamat.
| Lain-lain | 03.10.2016 |
Soalan : Saya bercadang untuk mencetak stiker promosi penjimatan elektrik yang mana kebanyakannya dalam bahasa luar. Sukacita untuk nasihat penggunaan perkataan berikut: 1. JOM JIMAT ELEKTRIK 2. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 3. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM 4. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 5. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 6. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 7. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR UNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK. Gambar disertakan untuk tulisan merah. Yang warna hijau telah dikomen oleh pihak Tuan | Untuk pengesahan iklan, sila klik http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx dan ikuti panduan yang disediakan. | Lain-lain | 21.12.2016 |