Salam sejahtera. Soalan: Adakah berwarna jingga juga boleh disebut sebagai berwarna oren? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama. | Makna | 20.04.2016 |
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan. | 1. Partikel -kah boleh digunakan di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama. | Tatabahasa | 12.10.2016 |
Assalamualaikum, Ada pendapat mengatakan 'oren' bukanlah satu istilah/nama bagi warna. Apa pendapat tuan? Katanya nama bagi oren yang tepat ialah 'jingga'. Tepatkan pendapat itu? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning kemerah-merahan, jingga. | Istilah | 05.06.2010 |
Rafaad Roslan 10.26 PAGI Salam siang DBP, saya ada mengemukakan pantau tegur bahasa di PRPM, kerana terdapat entri 'murasaki obi' daripada bahasa Jepun yang diterjemahkan oleh PRPM kepada 'sabuk jingga', penterjemahan ini tidak tepat kerana 紫 (murasaki) dalam bahasa Jepun bermaksud 'ungu'.Sepatutunya Istilah Sasar yang tepat ialah 'sabuk ungu' bagi istilah 'murasaki obi'. Tarikh pemantaun adalah pada 7hb Julai 2016, dan sehingga kini masih belum ada kemas kini. Maaf kerana menghubungi Tuan/Puan melalui aplikasi Facebook, segala kerjesama dari pihak DBP amatlah saya hargai. Terima Kasih. | Salam sejahtera. Kami mengambil maklum aduan ini dan akan menyerahkan kepada bahagian yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. | Lain-lain | 28.07.2017 |
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
- Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
- Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
- Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
- Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
- Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
- Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
- Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
- Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
- Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
- Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
- Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
- Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
- Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
- Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
- Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
- Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
- Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
- Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
| Tatabahasa | 20.01.2015 |