Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jiwanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul ? 1. Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan dalam jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarangnya menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan kebajikan jiran-jiran mereka. Terima kasih !

Sdr.  Hee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Diharap sertakan maklumat peribadi yang betul apabila berurusan dengan kami.

Penglibatannya dalam bidang penulisan berjaya memberikan kepuasan (pada) jiwanya. 2. Hanya ibunya yang melarang (dia) menyertai rombongan itu. 3. Mereka menyanyi dan menari sepanjang malam tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka.

Inilah jawapan kepada soalan SDR.

Tatabahasa10.07.2009
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita.1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia.  
2.
A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul.
B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul.
C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul.
D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah.
Tatabahasa17.10.2014
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"?Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik;

Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;
Tatabahasa17.07.2013
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis?Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama;  penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.  Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'.


Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama.  Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis.

Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my  selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain.

Sastera26.02.2013

Kembali ke atas