Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata john


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
JOhn selalu membantu saya sekiranya saya tidak memahami pelajaran diajar oleh guru. Ayat ini betul?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Saya ingin menulis nama rakan saya dalam tulisan Jawi. John, William dan Alexander. Terima kasih.

Ejaan Jawi untuk nama John, William dan Alexander:

John   =  جون

William  =  ويليام

Alexander  =  ايليکسزيندر

Ejaan03.12.2014
Soalan 4 Kata Nafi John bukan tinggal di Taman Sentosa. atau John tidak tinggal di Taman Sentosa. Jawapannya bukan atau tidak? Bagaimanakah dengan penjelasannya? Ribuan terima kasih.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama manakala kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, jawapan yang tepat ialah John tidak tinggal di Taman Sentosa kerana "tinggal" merupakan kata kerja.Tatabahasa05.12.2021
Apa terjemahan John Doe yang merujuk kepada seseorang tidak diketahui maklumat dirinya?Kekal dengan padanan John Doe atas justifikasi nama khas.Istilah16.08.2022
Apakah padanan yang sesuai untuk brother yang merujuk kepada A religious Brother is a member of a Christian religious institute or religious order who commits himself to following Christ in consecrated life of the Church, I'm so sorry Brother John. Maafkan saya, Abang John.Kata sapaan dalam Bahasa Melayu ialah tuan. Dalam konteks separa rasmi kadangkala perkataan saudara digunakan.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
1. Semua calon peperiksaan dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. Adakah ketiga-tiga ayat tersebut betul @ terdapat kesalahan? Terima kasih1. Semua calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan.
2. Cikgu sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang.
3. John membeli banyak cenderamata ketika melancong di Pulau Tioman.
Tatabahasa09.09.2015
1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
  2. Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492.

Tatabahasa09.06.2024
Saya sedang membuat terjemahan buku cerita Bahasa Inggeris bertajuk Peter Pan. Watak-watak utama dalam cerita ini bernama Wendy, John dan Michael. Perkataan dalam buku cerita terjemahan ini dibatangkan mengikut suku kata. Soalan saya, bolehkah saya batangkan suku kata bagi nama-nama Inggeris. Misalnya, Wendy menjadi Wen.dy, Michael pula menjadi Mi.chael). Atau saya tidak perlu batangkan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris.Tidak perlu diasingkankan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris.Lain-lain20.12.2018
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Mohon pencerahan tentang perkataan yang dikatakan sebagai kata nama khas bagi mengganti maksud contohnya :- warga johor = johorean warga kelantan = kelantanese bekas pelajar st john = johannian Untuk makluman tuan/puan kebelakangan ini terdapat banyak pertubuhan/persatuan yang ingin mendaftarkan nama dengan perkataan-perkataan seperti di atas tetapi agak sukar untuk membuat keputusan kerana saya tidak pasti kesahihan penggunaan perkataan itu adakah tepat atau tidak tepat dikhuatiri salah dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi maksud rasmi. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Setakat ini belum ada data menunjukkan kata nama khas bagi mengganti maksud seperti yang dinyatakan. Penggunaan kata seperti warga Johor dan warga Kelantan yang betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.11.2018
Bagaimana menulis nama perjanjian. Perlukah diitalikkan atau bagaimana? Contoh: Penulis ingin menegaskan, Injil khususnya perjanjian baru iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus.Nama perjanjian tidak perlu ditulis dengan huruf condong.Ejaan26.03.2012
12

Kembali ke atas