Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.hor] | جوهور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.hor] | جوهور

Definisi : negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18 985 km2, Johor Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johor

Puisi
 

Johor Bahru Tanjung Puteri,
     Angin berhembus di Barat Daya;
Jangan dikejar gunung berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat dan salam sejahtera Di dalam perkataan @ nama untuk Negeri Johor mempunyai maksud dan nama yang banyak, seperti Johor Bharu, Johor Baharu dan Johor Baru. Yang mana satukah istilah perkataan dan nama bagi Negeri Johor yang betul untuk di tulis di dalam papan tanda jalan di jalan raya. Sekian,terima kasih Ariff Badlishah USJ Subang Jaya Selangor Darul EhsanNama tempat adalah seperti yang telah diwartakan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan tempat yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 tidak tertakluk pada panduan dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Contohnya, ejaan Johor Bahru, Kota Bharu dan Kampung Baru. Walaupun sebutannya sama tetapi bentuk ejaan mengikut nama yang telah diwartakan.Ejaan15.11.2011
soalan pertama: sejak dahulu lagi / sejak dari dahulu lagi / dari dahulu lagi / soalan kedua : rumah baru / rumah baharu soalan ketiga: Johor Bahru/ Johor Bharu ribuan terima kasih .

Salam sejahtera,

Sejak
bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Bagi soalan yang pertama jawapan yang betul ialah 'sejak dahulu lagi.'

Kamus Dewan menakrifkan baharu sama dengan baru, iaitu belum/tiada sebelumnya. kedua-duanya digunakan dalam menyatakan sesuatu yang baru atau baharu seperti rumah baru atau rumah baharu. Untuk soalan kedua, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat.

Jawapan bagi soalan yang ketiaga ialah Johor Bahru.

Tatabahasa09.11.2012
Asal nama Dewan Bahasa & PustakaDewan Bahasa dan Pustaka atau nama asalnya, Balai Pustaka yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor.Lain-lain20.06.2007
apakah itu dbp? apakah kepentingan dbp kepada masyarakat?

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).

Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah mengunjungi laman web www.dbp.gov.my

Lain-lain21.08.2008
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur.Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya.Tatabahasa31.07.2012
Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor.Tatabahasa27.02.2013
Salam sejahtera. Kemusykilan (kata nafi) - Yang manakah tepat? a) Dia bukan berasal dari Johor. b) Dia tidak berasal dari Johor. Minta penjelasan. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Dia bukan berasal dari Johor". Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, manakala kata nafi tidak menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.Tatabahasa25.08.2011
Adakah perbezaan yang nyata sebutan bahasa baku dengan sebutan Johor Riau dari sudut fonologi?

Puan Zakiah,

Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye.

Tatabahasa22.06.2010
Salam.. apakah perbezaan yang ketara bagi sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi?

Puan,

Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye.

Lain-lain08.07.2010
Perbezaan sebutan baku dengan sebutan melayu Johor-Riau

Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye.

Lain-lain21.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas