Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt melapah, mengerat(-ngerat), memotong(-motong): the butcher ~ed the carcass, penjual daging itu mengerat-ngerat binatang sembelihan itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. place where two things are joined, tempat sambung: the furniture is so well made that the ~s are practically invisible, perabot itu sangat baik buatannya hingga tempat sambungnya hampir tdk kelihatan; 2. device by which two things are joined, penyambung: the ~ between the two pipes, penyambung antara kedua-dua paip; 3. (anat) sendi: swollen ~s, sendi-sendi yg bengkak; 4. (bot) buku; 5. (large piece of meat) potong: a ~ of beef, sepotong daging lembu; 6. (sl) place frequented by gamblers, drug addicts, etc, sarang; 7. (sl) cigarette containing drug, rokok ganja; out of ~, (of knee, ankle, etc) terkehel, terseliuh, tergeliat, terpiuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj bersama: ~ effort, usaha bersama; ~ resposibility, tanggungjawab bersama; ~ owners, pemilik bersama; ~ property, harta bersama; during their ~ lives, semasa mereka hidup bersama; ~ venture, usaha sama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata joint


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
JOINT DECLARATION/JOINT STATEMENT DALAM BAHASA MELAYUKami mencadangkan joint declaration/joint statement diterjemahkan kepada Deklarasi Bersama/Pernyataan Bersama.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2015
JOINT TENANTSPEMILIK BERSAMAIstilah11.11.2010
joint-ventureusaha samaMakna16.04.2007
Salam sejahtera, sekiranya perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada dalam SATU AYAT YANG SAMA, apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi kedua-dua istilah Bahasa Inggeris tersebut? Contoh ayat: "He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit." Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan He initiated joint venture for his current company with another established companies whilst unleashing his intrapreneurship spirit. ialah "Beliau memulakan usaha sama untuk syarikatnya sekarang dengan syarikat lain yang lebih kukuh bagi menyemarakkan semangat usaha sama beliau."Makna12.09.2022
Saya nak tahu kalau ada istilah sesuai dalam Bahasa Malaysia untuk "joint letter".Cadangan padanan bagi istilah joint letter dalam bahasa Melayu ialah surat bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.07.2024
Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu: (1) internship (2) joint degree, double degree dan dual degree Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus bagi istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
1. internship  - latihan amali
2. joint degree - ijazah bersekutu
3. double degree atau dual degree  - dwiijazah
Istilah05.04.2012
Saya sering keliru dengan pengendalian perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan Bahasa Melayu terutamanya dalam surat rasmi. Sekiranya saya perlu menulis sesuatu ayat seperti contohnya 1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies) pada 1.12020. ataupun 1a. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Bodies-italic) Mana satu ayat yang betul? Ayat kedua 2. Saya telah menjalankan audit trail (italic) pada 1.1.2020 Mohon pandangan bagaimana menulis kata nama khas dalam Bahasa Inggeris ke dalam penulisan Bahasa Melayu? Adakah perlu dikurung dan dicondongkan dalam kurungan tersebut? Atau hanya dicondongkan tanpa kurungan?Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Ayat yang betul seperti contoh yang diberikan ialah
1. Saya telah berhubung dengan Badan Pengurusan Bersama pada 1.1.2020
2. Saya telah menjalankan jejak audit pada 1.1.2020

Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.

Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa10.07.2020
Apakah istilah BM bagi 'intrapreneurship'? Di dalam PRPM, istilah nya ialah 'usaha sama',tetapi apakah beza 'usaha sama' untuk 'intrapreneurship' dengan 'usaha sama' yang membawa maksud 'joint-venture'? Terima kasih.Berdasarkan Istilah Bahasa Melayu, Maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi."Makna07.09.2022
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ambil maklum bahawa menurut PRPM, maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Soalan saya, bagaimana jika kedua-dua perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada sama satu ayat yang sama? Bagaimanakah kita boleh menterjemahkan kedua-kedua istilah tersebut? Jika boleh saya memberi cadangan, bolehkah saya cadangkan untuk istilah 'intrapreneurship' itu diterjemahkan sebagai 'pengkaryawan perusahaan', kerana pada hemat saya istilah ini merujuk kepada proses penginovasian tersebut yang dilakukan dalam organisasi/perusahaan yang sedia ada. Terima kasih.Waalaikumussalam puan ...
Jika puan mempunyai pendapat atau cadangan untuk memberikan terjemahan bagi perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Mohon puan membuat permohonan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ agar pihak kami boleh meniliti terlebih dahulu padanan yang diberikan. Keprihatinan puan terhadap perkara ini, amat kami hargai.
Sekian terima kasih
Makna10.09.2022
mohon terjemahan bagi "as part of the due diligence exercise of the joint venture, company does not relies on the approved plan". Adakah sesuai dengan "disebabkan oleh pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasamaini, syarikat tidak bergantung kepada pelan yang diluluskan". ?Frasa yang betul dari segi tatabahasa ialah "disebabkan pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasama ini, syarikat tidak bergantung pada pelan yang diluluskan."Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
12

Kembali ke atas