| Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.' | Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara". | Ejaan | 31.10.2011 |
| Apakah perbezaan antara nama julukan, nama samaran dan nama timangan? Mereka seolah-olahnya sama sahaja. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, nama julukan bermaksud nama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran). Nama samaran pula ialah nama yang bukan nama yang sebenarnya atau nama untuk menyemÂbunyikan nama yang sebenarnya manakala nama timangan pula bermaksud nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja atau nama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir.
| Lain-lain | 16.10.2021 |