Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj perahu yg dibuat drpd batang kayu yg dilubangi (lebih besar drpd kolek); jokong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jongkong I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah bagi "aluminium Pig" dalam bahasa melayu. terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "aluminium pig" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jongkong aluminium.Istilah05.04.2016
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih.

“Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah27.05.2020

Kembali ke atas