JPA mengguna pakai perkataan 'VALUE' untuk terjemahan Teras Strategik 5 - Membudayakan NILAI (Transformasi Perkhidmatan Awam). Apakah makna dan definisi VIRTUE pula? Apakah perbezaan VIRTUE dan VALUE? Bagaimana kesesuaian untuk menggunakan VIRTUE dan VALUE? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan virtue ialah sifat murni. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=virtue&d=1. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.04.2015 |
JPA akan mengadakan Persidangan Pegawai Psikologi bulan ogos ini. saya ingin bertanya boleh ke kami menggunakan 'MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN' - majlis penutup yang akan dirasmikan oleh KPPA. mohon pandangan dengan segera. terima kasih. | Frasa "Majlis Penutupan ..." adalah lebih tepat daripada frasa tersebut. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
makna JAWATAN TERAPUNG BESERTA CONTOH | Bagi mendapatkan jawapan yang tepat, saya sarankan soalan ini diajukan terus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya jpa.gov.my/">http://www.jpa.gov.my/ | Lain-lain | 26.02.2008 |
ANTARA AYAT YANG BERIKUT, YANG MANAKAH BENAR ANTARA: 1) PEMANGKU PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI 2) PEMANGKUAN PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI | Jawapan yang betul ialah Pemangkuan Pangkat Bagi Jawatan Penolong Pegawai xxx. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya jpa.gov.my/" style="box-sizing: border-box; text-align: left; widows: 2; text-transform: none; font-style: normal; text-indent: 0px; font-family: arial; white-space: pre-wrap; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: rgb(66,139,202); font-size: 14px; font-weight: normal; word-spacing: 0px; text-decoration: none; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px;">http://www.jpa.gov.my/. Terima kasih, | Lain-lain | 02.06.2017 |
Istilah yang betul sama ada "kata alu-aluan" atau "kata aluan" sahaja. Mohon mendapatkan format minit mesyuarat terkini. | Yang betul ialah kata alu-aluan. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh setiap institusi atau organisasi. Walau bagaimanapun pihak tuan boleh juga menghubungi pihak lain seperti Intan atau JPA untuk mendapatkan format masing-masing untuk mdijadikan panduan. | Tatabahasa | 24.07.2007 |
Untuk surat kiriman rasmi, sepatutnya ada berapa perenggan? | Tiada bilangan perenggan yang khusus untuk penulisan surat rasmi. Walau bagaimanapun, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sila layari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 08.07.2019 |
SAYA NAK TAHU TENTANG FORMAT TERKINI SURAT RASMI BAGI KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKTOR SWASTA KEPADA PENTADBIRAN SEKTOR KERAJAAN | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Apa yang penting surat-menyurat dengan jabatan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Lain-lain | 04.11.2012 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |
mohon contoh format surat rasmi yang betul. | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.07.2011 |
Saya ingin mendapatkan maklum balas segera. Bolehkah tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi kerajaan? | Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang. Dan hal ini perlulah disemak bersama dengan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA. | Lain-lain | 14.04.2014 |