manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
perkataan "apa jua" boleh atau tidak digunakan untuk mengarang surat. | perkataan jua sama maksud dengan juga. Walau bagaimanapun dalam konteks rasmi gunakan apa juga. | Lain-lain | 03.01.2008 |
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 Inilah tawaran hebat bagi perniagaan anda walau di mana jua ia berada. Pilihan 2 Inilah tawaran hebat walau di mana jua perniagaan anda berada. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih! | Ayat yang lebih gramatis ialah; Inilah tawaran hebat walau di mana-mana jua perniagaan anda.
| Tatabahasa | 17.01.2013 |
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih. | Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
tolong hantarkan saya apa jua mengenai penggunaan kata sempang dan imbuhan "meng-i" | Tanda sempang lazimnya digunakan penulisan kata ganda saeperti kuih-muih, rumah-rumah dan kata-kata. Apitan meN...i (termasuklah meng...i) boleh ada dalam kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 202. | Tatabahasa | 23.08.2009 |
Sila jelaskan maksud 'Diangkat untuk makluman YBhg. Dato’ jua' dan adakah masih relevan untuk digunakan untuk penyediaan surat masa kini? | Saudara, Perkataan yang sesuai digunakan pada masa ini ialah "dikemukakan" untuk makluman YBhg. Dato'. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaik | Paling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih. | Lain-lain | 21.11.2006 |
Ingin bertanya yang mana betul: 1. Kata-kata aluan 2. Kat Alu-aluan Adakah betul ayat: 1. Dengan izin-Nya jua 2. Dengan izinNya Terima kasih | 1. Kata alu-aluan 2. Dengan izin-Nya (Nya merujuk kepada Allah) | Tatabahasa | 18.10.2011 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'kata supra ayat'. apakah contoh-contoh ayat yang menggunakan 'kata supra ayat' | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata supraayat disebut sebagai kata penegas. Kata penegas ialah sejumlah ayat yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya, juga, jua, pun, dan sahaja. Contoh ayat: 1. Kami juga ingin ke pekan. 2. Encik Abu pun datang. 3. Ketua saya yang sibuk itu datang jua ke majlis perkahwinan saya. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
salam, Tuan/Puan, adakah ayat berikut adalah betul? perkataan "sedang" dan "hendak" boleh wujud bersama-sama? Terima kasih atas penjelasan~ 1)Encik Firdaus sedang hendak pergi ke pejabat. 2)Banjir itu jua telah memusnahkan enam buah rumah. | 1. Encik Firdaus hendak pergi ke pejabat. 2. Banjir itu juga telah memusnahkan enam buah rumah. | Tatabahasa | 26.08.2013 |