Apakah perbezaan antara "dagang" dan "jual"? Adakah "sold and traded" boleh diterjemah kepada "dijual-beli"? | Jual lazimnya diterjemahkan daripada sale/sold, manakala dagang ialah terjemahan trade/commerce. Berdasarkan konteks penggunaan, kita boleh lihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. Jual digunakan dalam konteks yang lebih umum, manakala dagang dalam konteks yang lebih khusus dalam skala yang lebih besar. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2020 |
Apakah istilah bahasa Melayu untuk trade-in, iaitu proses pertukaran jual barang semasa pembelian barang. Contohnya jual kereta lama untuk beli kereta baharu, kita akan trade-in kereta lama | Istilah bahasa Melayu untuk "trade-in" ialah tukar beli. | Istilah | 11.09.2013 |
Zainal Abidin ada jual buku teks tak? mana saya blh beli secara online | Terima kasih saudara Zainal Abidin. Moga saudara dan keluarga dilingdungi Allah. Ada. Boleh layari laman seswang ini http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga | Lain-lain | 20.01.2014 |
MAKSUD PERIBAHASA SEPERTI MUARA JUAL KUALA | Boleh rujuk Buku Kamus Peribahasa Kontemporari tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, terbitan PTS Publications atau buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 21.09.2007 |
Sukado Nald 17:49 DBP ade jual buku ni x? | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 08.11.2016 |
assalam.. saya nak tanya ada tak jual buku teknologi pembinaan yang ditulis oleh tan boon tong.? | Waalaikumussalam wrt. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Mohon jasa baik saudara untuk menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ pada capaian e-Niaga untuk mencari buku tersebut. Moga dengan matlamat ini dapat membantu saudara. SEkian. | Lain-lain | 05.04.2014 |
salam. saya ingin bertanya dbp ade tk jual buku arahan keselamatan dan buku cara menjawab soalan peperiksaan KPSL. Terima kasih | Pertanyaan saudara di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP membantu pelanggan menangani masalah bahasa, sastera dan penerbitan. Sila rujuk kedai buku atau perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 26.01.2012 |
Saya nak bertanya, dekat DBP ada tak jual Kamus Dalam 3 bahasa iaitu CINA,MELAYU and BI? Dan Kamus untuk membuat ayat dalam tiga bahasa juga? Kalau ada tolong bagi tahu kat saya apa nama kamus tersebut? Kamus untuk sekolah rendah!!!!!! | DBP tidak ada menerbitkan kamus dalam tiga bahasa. Sila berkunjung ke kedai buku lain untuk mendapatkannya sekiranya ada diterbitkan. | Lain-lain | 06.07.2008 |
kedai kita adalah car audio accessories . kita ada jual barang sony . | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 18.05.2017 |
SAT 20:34 Mike Bry Mike Hello ada jual tak Buku Teks Sejarah Tingkatan 4? Masih ada stok kt kedai buku DBP? | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476 atau Mohon rujuk Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501. Terima kasih | Lain-lain | 03.12.2016 |