| Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”. | Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini. Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia. | Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut: 1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia. 2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia. | Istilah | 18.07.2021 |
| Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah Tuhan | Waalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my. Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2013 |