Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.lan] | جوالن

Definisi : 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.lan] | جوالن

Definisi : barang-barang yg dijual; dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jualan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jualan , Diskaun Sehingga 70%Penggunaan ayat dalam iklan tersebut betul. Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk pengesahan iklan.Lain-lain13.03.2012
Jualan Penghabisan Stok Stock Clearance Sales ????? Harga Serendah RM1Sila terjemahkan ayat "terms and coditions apply & while stock last" kepada "Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara Stok masih ada". Untuk tujuan pengesahan iklan, hantarkan visual tersebut kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain20.12.2011
Tuan, apakah maksud yang paling tepat bagi 'net selling price'? Adakah 'harga jualan bersih' atau 'harga bersih jualan'? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang betul untuk 'net selling price' ialah harga jualan bersih. Istilah27.02.2012
KEDAI JUALAN AKSESORI KOLAM AIRKEDAI AKSESORI KOLAM RENANGLain-lain21.12.2010
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih.

Encik Mohd Termizi,

Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih.

Tatabahasa25.02.2010
hasil (pada / daripada )jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ke rumah anak-anak yatim. apakah jawapan soalan ini? adakah beza bagi ayat-ayat ini jika kedua-dua kata sendi dikatakan betul? terima kasihAyat yang betul ialah hasil jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ........Tatabahasa12.01.2010
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasihDalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan.Tatabahasa17.10.2013
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas?Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya.Tatabahasa13.06.2012
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail.
2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
Tatabahasa29.06.2012
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih.1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek  (dengan hasil jualan tersebut) - predikat
2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat
Tatabahasa18.04.2013
1234

Kembali ke atas