Jualan , Diskaun Sehingga 70% | Penggunaan ayat dalam iklan tersebut betul. Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk pengesahan iklan. | Lain-lain | 13.03.2012 |
Jualan Penghabisan Stok Stock Clearance Sales ????? Harga Serendah RM1 | Sila terjemahkan ayat "terms and coditions apply & while stock last" kepada "Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara Stok masih ada". Untuk tujuan pengesahan iklan, hantarkan visual tersebut kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 20.12.2011 |
Tuan, apakah maksud yang paling tepat bagi 'net selling price'? Adakah 'harga jualan bersih' atau 'harga bersih jualan'? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang betul untuk 'net selling price' ialah harga jualan bersih. | Istilah | 27.02.2012 |
KEDAI JUALAN AKSESORI KOLAM AIR | KEDAI AKSESORI KOLAM RENANG | Lain-lain | 21.12.2010 |
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih. | Encik Mohd Termizi, Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih. | Tatabahasa | 25.02.2010 |
hasil (pada / daripada )jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ke rumah anak-anak yatim. apakah jawapan soalan ini? adakah beza bagi ayat-ayat ini jika kedua-dua kata sendi dikatakan betul? terima kasih | Ayat yang betul ialah hasil jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ........ | Tatabahasa | 12.01.2010 |
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasih | Dalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas? | Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | 1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek (dengan hasil jualan tersebut) - predikat 2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat | Tatabahasa | 18.04.2013 |