Kami ingin menerbitkan buku berkaitan alat-alat konvokesyen seperti jubah canselor, jubah graduan, cokmar dan lain-lain. Manakah tajuk yang sesuai, (1) Buku Peralatan Istiadat Konvokesyen atau (2) Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen. Terima kasih. | Judul yang lebih sesuai ialah "Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen" | Karya | 02.11.2016 |
Adakah 'jubah bertukup' padanan sesuai untuk istilah 'hooded robe'? (Saya sarankan cari gambarnya menggunakan kata kunci hooded robe di Google). | Dalam pangkalan data PRPM, tiada istilah khusus bagi perkataan " hooded robe". Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang-bidang lain yang menggunakan perkataan hooded iaitu bertukup. Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "hooded robe" membawa maksud "jubah bertutup kepala" | Istilah | 20.12.2018 |
'Raised Pleating' dikenakan di bahagian 'yoke' bagi mengembangkan jubah dan memberi gantungan yang cantik. Apakah padanan perkataan 'Raised Pleating' dan 'yoke' pada ayat di atas di dalam Bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah raised pleating dan yoke ialah lisu timbul dan pelepah mendatang.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.08.2022 |