Apakah maksud jubli perak & jubli emas? Adakah wujud perkataan jubli intan? | Jubli ialah Perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa(hari perkahwinan, hari pertabalan raja,dll):Jubli Perak,(kedua puluh lima), Jubli Emas(kelima puluh),Jubli Intan(keenam puluh) | Makna | 22.02.2007 |
Saudara, apakah makna Jubli Berlian? Saya sudah mencari berkali-kali di dalam kamus dewan tetapi tidak saya ketemui. Terima Kasih. | Berdasarkan sumber rujukan kami, yang ada ialah Jubli Perak = perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima, jubli emas = perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh dan jubli intan = perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh. Tidak ada ungkapan jubli berlian. | Lain-lain | 01.11.2010 |
Perayaan Jubli Emas UiTM: "Raikan bersama kami" | Jawapan yang lebih tepat ialah "Raikan bersama-sama kami" | Lain-lain | 26.09.2006 |
Festival Jublis Emas UiTM atau Pesta Jubli Emas UiTM | Pesta Jubli Emas UiTM. Perkataan Festival adalah daripada perkataan bahasa Inggeris dan belum diterima secara sah dalam Kamus Dewan, terbitan DBP. Harap maklum. | Istilah | 26.09.2006 |
....telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan. Adakah ayat di atas betul? | ... telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan - ayat ini betul asalkan frasa sebelumnya ada menerangkan promosi yang dijalankan sempena sambutan tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2011 |
pihak kami ingin mendapatkan kepastian ejaan pada tagline majlis anjuran kami . TAGLINE adlah seperti berikut. " JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011 " Terima Kasih Azmi Mohd Pekanmaya productions | Kami cadangkan sedikit pembetulan, iaitu "JUBLI INTAN PIALA EMAS RAJA-RAJA". | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |