Boleh saya tahu penggunaan kata 'juga' yang paling tepat antara 2 ayat yang berikut? 1. Selain itu, permainan bahasa juga dapat membantu... 2. Selain itu juga, permainan bahasa dapat membantu... | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud juga ialah sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun atau selalu demikian halnya. maka kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 19.09.2019 |
ID Pengguna : themahen92@yahoo.com En.Sulaiman, Kemari saya telah menghantar satu permohonan baru, tetapi permohonan itu telah hilang dari Senarai Permohonan(Sila Rujuk Kepada Lampiran) dan juga permohonan sebelum ini juga telah hilang dari senarai tersebut. Saya juga telah membuat permohonan baru hari ini, tetapi tidak berjaya untuk dihantar, semasa saya click butang hantar, ia terus Log-out. Harap Encik dapat membantu saya dalam perkara tersebut. Sekian terima kasih. Mahen. | Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. | Lain-lain | 24.05.2017 |
Adakah perkataan 'pun' dan 'juga' boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat? Contohnya: Saya dan dia pun layak juga. | Salam sejahtera, Perkataan pun dan juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat kerana akan berlakunya pengulangan maksud. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 20.01.2020 |
kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga". | Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. | Tatabahasa | 02.04.2015 |
Ayat yang manakah betul? (a) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak dikecualikan. (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali. | Ayat yang betul: (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali. | Makna | 28.10.2015 |
Selain itu, pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Dalam ayat ini, dua penanda wacana wujud sekaligus. Saya ingin bertanya adakah kedua-dua penanda wacana iaitu selain itu dan juga boleh wujud dalam satu ayat | Ayat yang gramatis, "Pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia". | Tatabahasa | 22.07.2016 |
Saya juga ingin mendapatkan panduan bagi menulis dan mengeja bagi kata penentu `al’ yang telah diseragamkan oleh DBP. Perlu diletakkan sempang (-) atau tidak. Contoh: Nama pertubuhan seperti … Al Maunah, Al-Arqam Nama organisasi seperti … Penerbitan Al Mahirah, Sekolah Al Rahmah Nama surah. Al perlu huruf kecil atau huruf besar `al-Baqarah’ atau `Al-Baqarah’ (dalam konteks perkataan ini muncul di tengah-tengah ayat) |
| Tatabahasa | 07.12.2017 |
Saya juga ingin tahu jika ada sebarang terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan 1) Eco Bag 2) Tote Bag | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1) Eco Bag - Beg Mesra Alam 2) Tote Bag - Beg Jinjing | Istilah | 23.12.2016 |
Saya juga ingin bertanya sama ada istilah di bawah adalah betul atau tidak. "Relationship of effort-reward imbalance and overcommitment towards work engagement" = "Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan kelampauan komitmen terhadap penglibatan kerja" | Terjemahan yang dicadangkan ialah Hubungan antara ketidakseimbangan usaha-ganjaran dan komitmen berlebihan terhadap keterlibatan kerja. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.12.2015 |
Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman web. Laman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. | Lain-lain | 29.06.2018 |