| Salam sejahtera, Perkataan ada jika diikuti dengan lah; haruskah ianya dicantumkan? Contoh ayat: A: Kau yang melakukannya? B: Tak adalah / Tak ada lah. Terima kasih! | Kata penegas atau disebut juga partikel -lah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya. Contoh: inilah. mungkinlah | Ejaan | 24.07.2020 |
| Bolehkah partikel -lah digunakan dgn imbuhan MeN-? Mana yg betul 1) Lestarikanlah Bahasa Kita! 2) Melestarikanlah Bahasa Kita! Terima kasih | Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Partikel -lah juga digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Penggunaan yang betul ialah Lestarikanlah Bahasa Kita! | Tatabahasa | 09.11.2020 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lah'. Dijarakkan atau dirapatkan? Contoh : bosanlah atau bosan lah Sekian, terima kasih. | Kata penegas atau disebut juga partikel seperti -kah, -lah dan -tah ditulis bersambung dengan kata sebelumnya; contohnya siapakah, itulah dan apatah. | Tatabahasa | 13.12.2014 |
| Assalamualikum tuan, saya dalam proses menyiapkan transkrip wawancara lisan bagi tujuan pembukuan sejarah jabatan. saya dapati banyak perkataan yang digunakan buku Bahasa Malaysia dan lebih kepada percakapan harian. Mohon maklum balas segera memandang tarikh akhir hujung minggu ini. Saya merujuk banyak pihak tapi semua memberi pendapat yang berbeza dan mengelirukan. Di antaranya penggunaan nama khas / am ( penggunaan huruf besar contoh: 1.Ketua Pengarah Bomba Malaysia 2. ketua pengarah bomba ( ini huruf besar juga? 3. jabatan bomba / jabatan polis penggunaan perkataan "lah" contoh dalam dwi bahasa iaitu makan lah, begitu lah, best lah, excersise lah - adalah penggunaan perkataan ini didekatkan. Penggunaan perkataan Dato. Tuan , Encik di tengah - tengah ayat contoh: Apa pendapat dato ( Dato) atau Tuan Haji ( tuan haji) dalam perkara ini - huruf besar atau kecil. sekian terima kasih mohon jawapan ASAP | 1. Ejaan yang betul ialah Ketua Pengarah Bomba Malaysia. 3. Jabatan Bomba Malaysia (Jabatan Bomba) ditulis dalam huruf besar pada pangkal huruf setiap kata dan dalam pengulangan kata digunakan Jabatan Bomba sahaja. Partikel "lah" ditulis bersambung dengan huruf yang sebelumnya. | Ejaan | 22.11.2012 |
| Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
| Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
| 1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya. | Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. | Tatabahasa | 29.05.2014 |
| Saya hendak bertanya. Adakah -la dikira sebagai imbuhan? Adkah ia bentuk tidak formal untuk -lah? Bolehkah -la digunakan dalam ayat? Kalau ya, adakah perlu jarak? Terima kasih. | Tiada imbuhan “-la”. Penggunaan yang betul ialah “-lah” yang merupakan kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta. | Tatabahasa | 11.06.2023 |
| Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih. | 1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. 2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.
| Tatabahasa | 07.01.2014 |
| Salam, yang mana satu ayat betul a) Apa yang digunakan untuk mandi? b} Apakah yang digunakan untuk mandi? Adakah parikel-kah, -lah, -tah wajib digabungkan dengan kata tanya untuk membentuk ayat tanya. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah apakah yang digunakan untuk mandi? Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut: 1 (a). Siapakah majikan kamu itu? (b). Majikan kamu itu siapakah? 2 (a). Apatah daya kita? (b). Daya kita apatah? 3 (a). Itulah rumah idamanku. (b). Rumah idamanku itulah.
| Tatabahasa | 23.11.2020 |