Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jugalah

Peribahasa

Pipit itu,
     pipit jugalah lawannya.

Bermaksud :

Tiap-tiap sesuatu itu menurut tarafnya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih.Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara.Tatabahasa22.07.2013
melintasi jalan raya yang merentas negeri. - betul. membina lebuh raya yang merentas negeri. - salahkah? Ini jugalah soalan PMR yang mengelirukan saya. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas tunjuk ajar tuan/puan.

Kedua-dua ayat tersebut betul seperti yang saya cadangkan tadi, elok rasanya saudara berhubung terus dengan pihak yang menyediakan soalan tersebut.

Tatabahasa14.09.2011
1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih.Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim.Tatabahasa26.08.2013
1. tidak termakan oleh saya ... 2. tidak saya termakan ... 3. tidak saya makan ... adakah ketiga-tiga ayat pasif di atas jugalah betul? terima kasih.Ayat pasif " tidak termakan oleh saya" dan "tidak saya termakan" adalah betul.Tatabahasa12.08.2013
1. kamu perlu contohi .... 2. perlu kamu contohi .... 3. kamu perlu mencontohi usaha pelajar cemerlang itu. adakah ketiga-tiga ayat jugalah betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah "kamu perlu mencontohi..." kerana menggunakan imbuhan yang betul dan "perlu kamu contohi..." ialah bentuk pasif. 

Tatabahasa15.07.2013
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam.Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain.Tatabahasa30.01.2013
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan 4 persoalan : 1. apakah rasionalnya memperkenalkan bahasa Melayu kepada etnik bukan Melayu di Malaysia dan apakah kelebihannya pada etnik tersebut dan oihak DBP? 2. melihat kepada isu PPSMI, banyak tentangan dan kritikan mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, seperti yang diketahui PPSMI telah dimansuhkan dan diganti dengan MBMMBI. persoalannya, melihat pada jangka masa yang panjang, apakah perkembangan bahasa Inggeris ini akan menjadi isu kepada pihak DBP? iaitu dalam membantu menyahut seruan MBMMBI. 3. apakah perjuangan bahasa vernakular (seperti bahasa Tamil dan Cina) menjadi cabaran kepada pihak DBP? 4. apakah pencemaran bahasa dari media massa seperti di dalam program televisyen dan akhbar-akhbar hiburan mampu mempengaruhi permartabatan bahasa Melayu? Tidak lupa diucapkan terima kasih atas kerjasama pihak DBP.1. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu jugalah sebagai bahasa pemersatu rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah digunakan dalam semua urusan rasmi dan program perpaduan.   
2. Kami tidak menafikan kepentingan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris, namun pada masa yang sama rakyat Malaysia mestilah mempunyai jati diri, bukan setakat menguasai malah mencintai bahasa Melayu. Sebarang isu yang timbul akan diselesaikan oleh pihak yang berwenang dan DBP tetap memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu.
3. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, bahasa-bahasa lain dibenarkan tetapi dalam urusan rasmi termasuklah hal pendidikan mestilah dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
4. Media merupakan medium utama dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat di seluruh Negara. Justeru, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul harus diamalkan. Apabila berlaku kesilapan bahasa dalam media, sedikit sebanyak turut menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014

Kembali ke atas