Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lang] | جولڠ

Definisi : ; menjulang 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris; julangan tolakan ke atas; penjulang orang atau sesuatu yg menjulang: ~ baginda pun sudah bersedia; kayu ~ yg diperbuat drpd kayu perian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lang] | جولڠ

Definisi : ; menjulang 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Program ini julang-julang kali diadakan di sekolah ini. 2. Kelas tuisyen secara percuma ini adalah untuk murid-murid tahun lima dan enam sahaja. 3. Kelas tuisyen secara percuma ini adalah untuk murid-murid tahun lima dan tahun enam sahaja. 4. Saya akan memintanya membayar semula ketika dia mempunyai wang. 5. Saya akan memintanya membayar semula wang ketika dia mempunyai wang. Selamat sejahtera encik/puan, adakah 5 ayat ini betul? terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Program ini julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.

2. Kelas tuisyen secara percuma ini adalah untuk murid Tahun Lima dan Tahun Enam sahaja.

3. Saya akan memintanya membayar wang tersebut semula apabila dia mempunyai wang.


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa24.08.2025
1. Apakah sumbangan filem mukhsin terhadap perkembangan bahasa melayu di malaysia. Adakah filem ini berjaya mengangkat martabat bahasa melayu atau sebaliknya. 2. Berikan 5 saranan untuk memastikan martabat bahasa melayu dapat di julang.Filem Melayu sebenarnya memainkan peranan yang penting khususnya dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. Namun demikian, jika sesebuah filem cenderung menggunakan bahasa rojak, usaha ini tidak akan dapat dicapai. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan saranan untuk memastikan martabat bahasa Melayu dapat dijulang, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Perancangan Bahasa Melayu tulisan Awang Sariyan atau membuat rujukan pada buku-buku/majalah terbitan DBP.Lain-lain26.12.2007

Kembali ke atas