Diharap DBP dapat membantu saya. Antara berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa? pertama kali atau kali pertama julung kali atau julung-julung kali kata-kata aluan atau kata alu-aluan penghawa dingin atau pendingin hawa Saya mendahului dengan ucapan terima kasih. | Frasa yang betul ialah: 1. kali pertama 2. julung-julung kali 3. kata alu-aluan 4. pendingin hawa/penyaman udara | Istilah | 04.07.2009 |
Bolekah ditulis ke-1 bagi maksud pertama, contohnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1? | Bentuk penulisan yang betul ialah "Mesyuarat Agung Tahunan". Lazimnya, majlis atau mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya, seperti "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2”, "Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 30.04.2025 |
Nur Dhabitah Nov 6th, 7:39pm salam. saya nak bertanya, mana yg betul, Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-1 @ Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama? | Bentuk penulisan yang betul ialah "Majlis Khatam Al-Quran", lazimnya majlis yang julung-julung kali diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya seperti "Majlis Khatam Al-Quran ke-2". | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Sukan Tahunan Kali Ke-1 . Ayat ini betul atau salah . Ke -1 boleh guna atau tidak untuk ayat ini ? | Bentuk penulisan yang betul ialah “Sukan Tahunan”. Lazimnya, program atau aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan tidak diberikan nombor, melainkan program yang berikutnya, seperti "Sukan Tahunan Kali Ke-2”, "Sukan Tahunan Kali Kedua” dan sebagainya. Cara menulis boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my melalui pilihan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 07.05.2025 |
1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih | Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut: (1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya.... (2) Penggunaan umum dalam ayat: Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. | Ejaan | 19.09.2023 |
Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ? | Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
| Lain-lain | 08.10.2015 |