Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Pn marilah: “J~ kita tidur.” Ayah meng­hulurkan tangannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lucy Joseph JUM 9.36 PTG Lucy Joseph Selamat petang. Sy nak tanya karya ahmad patria Adakah buku Petua azkram dan pedang aurora sudah d terbitkan?Untuk pertanyaan tentang buku, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501.Lain-lain13.10.2017
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur.Makna29.09.2017
Muru Kandasamy JUM 11.58 PTG Muru Kandasamy Salam.ada offer pembelajaran bhs jepunSalam sejahtera, Dewan bahasa dan Pustka tidak menyediakan perkhidmatan mengajar dalam bahasa Jepun. Di DBP hanya menyediakan perkhidmatan kursus dalam bahasa Melayu sahaja. Sekiranya tuan/puan berminat untuk mengikuti kursus dalam bahasa Melayu boleh menghubungi Bahagian Akademi kami melalui talian 03-2147 9144 (En. Zaidi)Lain-lain22.09.2017
Jassne Suriani JUM 2.40 PTG Assalamualaikum Saya ingin bertanya,adakah perkataan rejek dalam bahasa Melayu?Tiada perkataan rejek dalam bahasa Melayu.Lain-lain28.07.2017
Halim Mamat JUM 12.47 PTG Assalam tuan/puan. Saya ingin beri cadangan agar DBP buat pertandingan untuk rakyat Malaysia buat simpulan bahasa baru.. yang paling banyak di like (ataupun ada cara lain) akan diwartakan sebagai simpulan bahasa rasmi Malaysia..pilih la 5 simpulan bahasa terbaik ke.. dan bagi hadiah..ini akan meningkatkan juga imej DBP selain dapat tambahan likers2 baru page DBPWassalam. Terima kasih atas cadangan daripada pihak tuan. Kami akan mempertimbangkan cadangan tersebut dan memajukan perkara ini kepada pihak yang berkenaan. Sekian.Lain-lain16.06.2017
Dellan Kong JUM 10.01 PTG Selamat petang, nak tanya tentang pengesahan ejaan Bahasa Kebangsaan. Saya sedang mendaftar lesen banting dan saya perlu kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah saya perlu pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat kebenaran sebelum saya boleh mendaftar banting saya? Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan secara dalam talian (online) melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain19.05.2017
Aini Ibrahim JUM 1.11 PTG Salam! Kami amat-amat memerlukan khidmat PPRM untuk buat kerja sekarang. Sudah offline sejak semalam. Minta tolong online kan balik. Terima kasih!Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017.Lain-lain19.05.2017
Kitty Wong JUM 9.13 PAGI the website is not working. please fix it.Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017.Lain-lain19.05.2017
Muhammad Hafiz Dolah JUM 4.14 PTG Muhammad Hafiz Dolah Hi, Downloadable plug in dalam bahasa melayu apa ye?Tiada istilah yang khusus untuk "Downloadable plug in" dalam bahasa Melayu. Pihak kami mencadangkan padanan kata yang paling hampir iaitu "palam boleh muat turun".Lain-lain06.10.2017
Rosmawarty Mohd Noor JUM 2.36 PTG Rosmawarty Mohd Noor Assalam..Tuan..boleh bertanya bolehkah kita guna attitude dalam ayat bahasa melayu dan bagaimana cara ingin menggunakannya.t.kasihTerjemahan attitude dalam bahasa Melayu ialah sikap atau lagak dan disesuaikan mengikut konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan16.10.2017
12

Kembali ke atas