Apakah istilah khusus untuk "Friday the 13th"? Adakah Jumaat 13 Hari Bulan, Jumaat 13 hari bulan, Jumaat 13hb atau Jumaat Tanggal 13? | Contoh penulisan tarikh yang betul adalah seperti yang berikut: - Jumaat, 13.8.2018 (perlu dimasukkan bulan dan tahun)
- 13.8.2018 (Jumaat) - perlu dimasukkan bulan dan tahun
| Lain-lain | 16.04.2018 |
Adakah wujud sebarang peraturan dalam menulis frasa nama yang menyatakan masa? Misalnya: 1. "pada Jumaat petang" atau "pada petang Jumaat"? 2. ataupun "pada waktu petang hari Jumaat"? | Frasa yang betul ialah "pada petang Jumaat" kerana kata sendi nama pada lazimnya digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, sama seperti pada hari Jumaat. | Tatabahasa | 02.04.2012 |
Salam Jumaat tuan/puan, saya ingin mendapat huraian tentang perbezaan dan bilakah kita patut menggunakan samada "dirumus dari" ataupun "dirumus dengan". Sekian, terima kasih | Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Kata sendi 'dengan' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 1. membawa maksud bersama-sama atau berserta 2. membawa maksud cara sesuatu dilakukan 3. membawa maksud memakai atau menggunakan 4. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama | Tatabahasa | 24.07.2020 |
Jualan Jus Gudang Setiap Jumaat & Sabtu 9AM - 4PM | Pembetulan: 1. JUALAN GUDANG JUS 2. SETIAP JUMAAT DAN SABTU 3. 9 PG. - 4 PTG. 4. TEL.: Sila buat pembetulan pada visual yang dilampirkan, setelah itu kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Salam Puan/Tuan, Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai bagi yang berikut daripada BI ke B.Melayu: Weekday - dlm bahasa melayu adakah hari minggu? Weekend - hujung minggu? Friday night - malam jumaat? kalau diterjemahkan begini, malam jumaat ini ada maksud lain bagi org melayu. Daripada B.Melayu ke BI malam minggu? Apakah terjemahannya dalam B.Inggeris? Harap puan / tuan dapat membantu. terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan. Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah hujung minggu. Istilah bagi malam minggu ialah saturday night manakala bagi Friday Night ialah malam Sabtu bukannya malam Jumaat.
| Tatabahasa | 07.01.2013 |
Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat. | Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat tersebut ? | Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.Ayat yang tepat ialah "Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'? Terima kasih. | Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat. | Istilah | 26.04.2010 |
JAWATAN KOSONG - TEMU DUGA TERBUKA JAWATAN : OPERATOR PENGELUARAN MASA : RABU - JUMAAT 10.00AM - 12PM,2.00PM - 4.00PM | Untuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 05.02.2018 |
Nur Izzah Laisa Jun 27th, 10:32am Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin bertanya apakah perbezaan makna di antara istilah 'rekabentuk' dan 'reka bentuk'. Yang mana satu betul penggunaannya dalam struktur ayat, atau kedua-duanya boleh digunakan? Maaf jika penggunaan tatabahasa saya salah. Terima kasih. | Kedua-duanya merujuk perkara yang samadan ejaan yang betul ialah reka bentuk. | Ejaan | 27.06.2014 |