Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.nam] | جونم

Definisi : ; menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik: se­konyong-konyong kapal terbang itu ~ meng­hala ke kapalnya; menjunamkan 1. melayangkan (mener­junkan) arah ke bawah atau menyerang ke bawah, menukikkan: juruterbang itu ~ kapal terbangnya ke arah kapal terbang musuh; 2. membenamkan: kalau puntung berbara dijunamkan ke dlm tabung berisi hidrogen, ia akan meletus menyala; terjunam menjunam dgn tidak sengaja: kapal terbang itu jatuh ~ ke dlm laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.nam] | جونم

Definisi : ; menjunam bergerak kepala dahulu menghala ke bawah; menukik: Tiba-tiba kapal terbang itu ~ ke sawah. menjunamkan melayangkan (menerjunkan) ke arah bawah atau menyerang ke bawah; menukikkan: Penerbang Jepun berani ~ kapal terbangnya ke arah kapal musuh sambil menggugurkan bom. terjunam jatuh kepala dahulu: Kapal terbang yg tertembak itu ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junam
Kata Terbitan : menjunam, menjunamkan, terjunam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012

Kembali ke atas