| apakah maksud berjela-jela? | Maknanya ialah tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.05.2009 |
| saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama | 1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok. 2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami. 3. Dangkal - tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut. 4. Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa. 5. Manifestasi - perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan 6.Wadah - alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat 7. sirna - hilang, lenyap, musnah 8. Mencanai - membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin 9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah 10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut. | Makna | 02.08.2009 |
| 1. Adakah terdapat perbezaan penggunaan "dijumpai" dan "ditemui"? Misalnya, untuk teknologi maklumat, terjemahan tepat untuk "the search string is not found" adalah "istilah carian tidak ditemui" atau "istilah carian tidak dijumpai"? 2. Tolong jelaskan penggunaan "boleh" dan "dapat" secara terperinci. Misalnya, dalam ayat: "Templat dokumen anda tidak dapat dimuat naik kerana terdapat ralat." Adakah "dapat" digunakan dengan betul atau patutkah "boleh" digunakan dalam ayat tersebut, dan kenapa? 3. Tolong jelaskan penggunaan "dari" dan "daripada" secara terperinci. Misalnya, (a) "Pilih jenis medan yang sesuai dari senarai juntai bawah" - adakah dari atau daripada yang tepat, dan kenapa? (b) Untuk mengemas kini tarikh akhir tandatangan, anda mesti masukkan tarikh yang lebih lewat daripada hari ini. 4. Tolong bezakan bila "hingga" dan "sehingga" patut digunakan? Terima kasih. | - Perkataan “ditemui” lazimnya merujuk sesuatu yang ditemukan melalui usaha, kajian, atau penyiasatan. Perkataan “dijumpai” pula merujuk kepada sesuatu yang terjumpa atau didapati, kadang-kadang secara kebetulan. Dalam ayat contoh yang diberikan, ayat yang gramatis ialah "istilah carian tidak ditemui". Huraian lanjut berkaitan dengan maksud dan contoh penggunaan perkataan “ditemui” dan “dijumpai” boleh dirujuk melalui Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 919 dan 2314.
- Perkataan “boleh” dan “dapat” membawa makna yang sama, iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan atau diizinkan. Contoh pemilihan kata dalam ayat yang diberikan adalah betul. "Templat dokumen anda tidak dapat dimuat naik kerana terdapat ralat." Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkataan “boleh” dan “dapat”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 311 dan 477.
- Jawapan bagi pertanyaan yang lain adalah seperti yang dilampirkan.
| Tatabahasa | 23.12.2025 |